• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Karnival Kerjaya Johor Sedia 7,000 Peluang Pekerjaan

oleh AK-47
04/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ISKANDAR PUTERI – Karnival Kerjaya Johor 2017, yang akan ​​​​diadakan sempena Ekspo Johor Berkemajuan mulai hujung minggu ini, bakal menyediakan 7,000 jawatan kepada pencari kerja dengan keutamaan kepada rakyat negeri Johor.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan dan Sumber Manusia negeri, R. Vidyananthan berkata ia akan melibatkan 100 majikan dari pelbagai sektor seperti sektor peruncitan dan pembuatan, sektor bioteknologi, sektor minyak dan gas, sektor kewangan serta sektor pelancongan dan perhotelan.

“Ini merupakan karnival kerjaya terbesar tahun ini yang perlu diisi berkaitan kerja dalam bidang pengurusan dan kemahiran. Kita juga melibatkan syarikat-syarikat gergasi yang kita harap menjadi rebutan terutama rakyat negeri ini.
“Ini juga merupakan cara terbaik bagi majikan mendapatkan pekerja menerusi temuduga terbuka yang diadakan. Saya berharap menerusi karnival ini, semua kekosongan jawatan yang ditawarkan dapat diisi,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan taklimat di Kota Iskandar, di sini hari ini.

Beliau berkata, pihaknya juga akan bekerjasama dengan Jabatan Tenaga Kerja untuk meneliti hasil laporan penawaran kekosongan jawatan pada program ini.

Bersempena program berkenaan, kerajaan negeri juga akan melancarkan Pelan Induk Kemahiran Negeri Johor yang akan disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 7 Okt.

Pelan ini penting terutama dalam memastikan kerja-kerja berkaitan kemahiran dapat diselaraskan dengan permintaan dalam pasaran kerja negeri.

“Di bawah pelan ini, latihan kemahiran akan dijalankan secara sistematik dan hanya menawarkan kursus-kursus kemahiran dan silibus yang sepatutnya diberikan kepada penghasilan tenaga kerja mahir.

“Ini bukan sahaja untuk memastikan kita dapat membantu memberikan tawaran pekerjaan yang sesuai tetapi pada masa yang sama memastikan rakyat mempunyai kemahiran menerusi program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET),” katanya.

Beliau berkata, Johor merupakan satu-satunya negeri yang mempunyai pelan induk berkaitan kemahiran selain mempunyai kadar pengangguran paling rendah di negara ini. – BERNAMA

Tags: R Vidyananthan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tolak Permohonan Dr Ting Mengetepikan Rayuan DUN

Next Post

KAFA Tumpu Miliki Lesen, Perlawanan Melaka United

Related Posts

Johor Wujud Pelan Induk Bangun Kemahiran Pacu TVET

02/10/2017
0

JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor mewujudkan Pelan Induk Pembangunan Kemahiran Negeri Johor bagi memacu pembangunan kemahiran berteraskan Latihan Teknikal dan...

Kerajaan Johor Kaji Pelan Rasionalisasi Buruh

25/05/2017
0

ISKANDAR PUTERI - Kerajaan negeri sedang menjalankan kajian Pelan Rasionalisasi Buruh bertujuan mengkaji keperluan sebenar pekerja asing di negeri ini...

Next Post

KAFA Tumpu Miliki Lesen, Perlawanan Melaka United

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd