• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kanak-Kanak Sembilan Tahun Ditemukan Lemas

oleh Ahmad Albab
27/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Seorang kanak-kanak lelaki sembilan tahun ditemukan lemas, hari ini, selepas terjatuh ke dalam parit berhampiran Jalan Helang 2, Taman Scientex, Pasir Gudang, dekat sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Jokhiri Abd Aziz berkata mangsa, Muhammad Fakrul Najman Fauzi yang juga murid Sekolah Kebangsaan Nusa Damai, Pasir Gudang itu dipercayai sedang bermain di tepi parit berkenaan bersama seorang rakan pada 3 petang semalam sebelum terjatuh.

“Ketika bermain, secara tiba-tiba mangsa tergelincir dan terus dihanyutkan air. Rakan mangsa kemudiannya segera pulang untuk dapatkan bantuan,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata ketika kejadian hujan sedang lebat dan air di dalam parit selebar kira-kira 20 kaki dan 15 kaki dalam itu mengalir deras sehingga ke Sungai Kim-Kim, Pasir Putih iaitu kira-kira tiga kilometer dari tempat kejadian.

Operasi mencari dan menyelamat dimulakan petang semalam melibatkan seorang pegawai dan tujuh anggota polis, seorang pegawai dan 19 anggota bomba, enam anggota Angkatan Pertahanan Awam serta lapan anggota Rukun Tetangga ditangguh pada 12 malam tadi dan disambung semula 7 pagi ini.

Jokhiri berkata mayat kanak-kanak itu dijumpai pasukan penyelamat pada 8.30 pagi tadi di terusan sungai berhampiran lampu isyarat Taman Bacang, Jalan Kong Kong-Masai, kira-kira sembilan kaki di bahagian bawah dasar sungai.

“Mayat dijumpai dalam keadaan sempurna fizikal dan lengkap berpakaian cuma sedikit kembung dan dihantar ke Hospital Sultan Ismail, di sini, pada 9.30 pagi tadi untuk bedah siasat,” katanya dengan menambah operasi itu dihentikan pada 10 pagi tadi.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang Timbalan Penguasa Bomba Ibrahim Omar yang dihubungi berkata mayat kanak-kanak itu ditemukan kira-kira 2.5 kilometer dari lokasi dia jatuh.

Beliau berkata pihaknya menerima maklumat kejadian tersebut pada 4.50 petang semalam. – BERNAMA

Tags: lemas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

IbuBapa Kanak-kanak Dipercayai Lemas Tunggu Di Lokasi Dengan Lauk Kegemarannya…

IbuBapa Kanak-kanak Dipercayai Lemas Tunggu Di Lokasi Dengan Lauk Kegemarannya…

30/04/2026
0

Sungguh Menyedihkan.....   Ibu-bapa tunggu di lokasi kejadian anak hilang..sambil membawa makanan kegemarannya dan berterusan memanggil nama anak mereka agar...

Hentikan Aktiviti Berisiko Tinggi Libatkan Bakal Guru

Hentikan Aktiviti Berisiko Tinggi Libatkan Bakal Guru

09/04/2026
0

TRAGEDI meragut nyawa dua guru pelatih Institut Pendidikan Guru (IPG) ketika menyertai aktiviti berkayak satu berita duka. Dua insan yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd