• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kanak-Kanak Mangsa Dera Diputuskan Tempoh Sebulan

oleh AK-47
10/10/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Keputusan tentang soal penjagaan seorang kanak-kanak berusia 10 tahun yang menjadi mangsa dera dengan diikat pada sebuah tong gas baru-baru ini, hanya akan dapat diketahui dalam tempoh sebulan.

Pengerusi Jawatankuasa Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia negeri, Datuk Shahaniza Shamsuddin berkata, buat masa ini pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sedang menyiapkan laporan intervensi untuk diserahkan kepada pihak mahkamah sebelum tindakan lanjut diputuskan.

“Semalam, bapa kandung kepada kanak-kanak itu yang berusia 36 tahun ada memaklumkan kesediaan beliau untuk menjaga semula anaknya kerana sebelum ini pun memang dia tinggal bersamanya di Melaka, namun selepas itu diambil oleh bekas isterinya untuk tinggal di sini.

“Bagaimanapun saya telah jelaskan kepada beliau bahawa kes ini sekarang di bawah Akta Kanak-Kanak dan anaknya itu berada di bawah perlindungan JKM. JKM akan menghantar satu laporan kepada pihak mahkamah dalam tempoh 30 hari.

“Sekiranya mahkamah berpuas hati bahawa ayah kandung ini layak untuk menjaga kanak-kanak itu, maka mahkamah akan memberi hak penjagaan kepada beliau. Apa pun kita tunggu laporan JKM dan penilaian pihak mahkamah nanti,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, bapa kandung kepada kanak-kanak malang itu datang dari Teluk Mas, Melaka untuk menziarahi anaknya di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) menyebabkan anak ketiga daripada lima beradik itu tidak dapat menahan perasaan sedih dan ingin mengikut bapanya itu pulang.

Mengulas lanjut tentang kesihatan mangsa, Shahaniza berkata kanak-kanak itu dijangka akan dibenarkan pulang dalam tempoh sehari dua lagi.

“Selepas keluar nanti JKM akan mengambil dan menjaganya di sebuah rumah perlindungan kanak-kanak di sini sementara mendapat perintah mahkamah,” katanya.

Sementara itu, tempoh tahanan reman terhadap bapa tiri mangsa akan dilanjutkan tiga hari lagi sehingga 12 Oktober.

Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Abdul Aziz Salleh berkata bagaimanapun ibu kepada kanak-kanak itu telah pun dibebaskan dengan jaminan polis semasa hari dia ditahan selepas diambil keterangan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak (Pindaan) 2016. – BERNAMA

Tags: Datuk Shahaniza Shamsuddin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Warga Emas Dicadang Dihantar Ke Rumah Ehsan

05/10/2017
0

KUANTAN - Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) Kuantan mencadangkan warga emas yang ditemui dikurung di rumahnya di Taman Inderapura, semalam,...

Nama Bayi Dalam Semak ‘Muhammad Ehsan Adha’

05/09/2017
0

KUANTAN - Bayi lelaki yang ditemui di dalam semak berhampiran kuarters kerajaan Desa Kenanga Muadzam Shah, Rompin dekat sini pada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd