• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kg. Baru Sungai Bedaun Tak Jauh Dari Bandar Kuching

oleh AK-47
16/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Kerajaan Sarawak sedang merancang pembangunan sebuah kawasan baru seluas 42.5 hektar di Kampung Sungai Bedaun, kira-kira 15km dari sini, khusus buat penduduk tiga kampung di sekitar kawasan pesisir Sungai Sarawak.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Dr Abang Johari Tun Openg berkata 300 lot kediaman disediakan di kawasan berkenaan yang disasarkan dalam kalangan penduduk berpendapatan rendah dari Kampung Panglima Seman Lama, Kampung Semarang dan Kampung Pulo Ulu.

Beliau berkata kerajaan negeri akan merujuk kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah untuk membangunkan kira-kira 200 unit rumah di Kampung Bedaun itu dengan model rumah baharu yang mampu dimiliki khusus kepada golongan berkenaan.

“Kementerian akan bangunkan rumah-rumah saja, manakala yang lainnya seperti tanah, utiliti serta infrastruktur lain akan ditanggung kerajaan negeri.

“Kawasan ini akan jadi kampung baru yang moden untuk kumpulan berpendapatan rendah dilengkapi dengan bangunan rumah lebih tersusun,” katanya kepada pemberita selepas meninjau kawasan tapak projek berkenaan di sini hari ini.

Turut serta dalam tinjauan itu ialah Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar yang juga Anggota Parlimen Santubong Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sementara itu, Pengurus Besar Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (Pelita) Datu Sajeli Kipli berkata tiga kampung itu adalah antara 12 kampung dan dua lokasi di pesisir Sungai Sarawak berhampiran dengan bandar raya, yang dikenal pasti kerajaan negeri untuk projek pembangunan semula di bawah Pelan Induk Pembangunan Darul Hana.

Beliau yang menyampaikan taklimat pagi ini, berkata kerajaan negeri berusaha membina rumah-rumah selesa dan moden yang mampu dimiliki oleh penduduk khusus berpendapatan rendah di lokasi paling hampir dengan kawasan Pelan Induk Pembangunan Darul Hana.

“Saya dengar Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (Ismail Sabri) tadi kata, kawasan Sungai Bedaun ini nampak ‘high class’ kerana kedudukannya yang berlatarbelakang Gunung Santubong yang cantik,” katanya. – BERNAMA

Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Netizen Teruja Lihat Kemesraan Keluarga Diraja Johor Sambut Aidiladha

Netizen Teruja Lihat Kemesraan Keluarga Diraja Johor Sambut Aidiladha

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Perkongsian gambar Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menyambut Hari Raya...

Islam Pas Saja Yang Izinkan, Itu Ajaran Sesat – Teng Chang Khim

Islam Pas Saja Yang Izinkan, Itu Ajaran Sesat – Teng Chang Khim

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR - "Islam mana yang ada 3R? Islam Pas saja yang izinkan. Itu ajaran sesat" Demikian sindiran bekas Speaker...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd