• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kak Girl ‘Curi’ Hati Humood AlKhuder Pula

oleh AK-47
15/02/2025
dalam Utama & Sensasi, Video Viral
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUATU ketika dahulu, nama Humood Alkhudher sering meniti di bibir-bibir netizen apabila lagunya, Kun Anta berjaya memikat hati pendengar.

Bukan itu sahaja, ramai juga netizen menunjukkan bakat menerusi cover lagu yang dibuat dan di muat naik ke laman-laman sosial. Tidak kurang juga parodi yang dilakukan.

Kak Girl pun tidak melepaskan peluang untuk memuat naik video lip-syncnya ke laman sosial.

Jika minggu lepas, Shah Rukh Khan memuji video lip-syncnya untuk lagu Bole Chudiya, semalam Humood ada repost video tersebut ke akaun Instagram miliknya pula.

Baca: Video Parodi: Shah Rukh Khan Puji Kak Girl?

Wah… Makin popular Kak Girl dalam kalangan artis antarabangsa sekarang ini ya! Penyanyi yang berasal dari Kuwait itu mengagumi aksi yang dipaparkan Kak Girl yang begitu bersahaja.

Sekali lagi, suaminya turut mencuri perhatian Humood apabila hanya meneruskan pemanduan seprti tiada apa yang berlaku walaupun Kak Girl sedang rancak ‘menyanyi’ dan menari.

“Saya menyukai video ini! Dan saya menyukai gaya lelaki itu yang tidak menunjukkan sebarang reaksi wajah!,” tulis Humood di laman Instagram.

Sudah semestinya Kak Girl atau nama sebenarnya Nur Amira Maslan teruja dan terharu apabila Humood menyedari kewujudan video yang dibuatnya itu.

“Masa SRK retweet (ulang kicau) video saya, rasa macam nak pengsan sebab memang tak sangka. Tambahan pulak saya minat sangat dengan SRK. Ia satu penghormatan buat saya.

“Tak lama lepas tu video Kun Anta yang saya lip sync pula dikongsi Humood di Instagram. Alhamdulillah. Sangat terharu!

“Kelakar pun ada sebab macam tak percaya dapat perhatian kedua-duanya dalam masa singkat,” katanya dipetik mStar Online.

Tambah Kak Girl, reaksi suaminya seolah-olah tiada apa yang berlaku itu pun menarik perhatian netizen untuk menonton video-video lip-syncnya.

Sehinggakan dia pernah berseloroh menyatakan bahawa suaminya pula telah mengambil ‘spotlight‘ yang dia dapat daripada netizen.

“Sebab tu mereka pun bertanya, kenapa lelaki itu (suami) boleh berdiam saja, selamba macam tak ada apa-apa berlaku.

“Ternyata reaksi diam suami penambah tarikan yang membuatkan dua selebriti antarabangsa ini turut terhibur.

“Saya ada jugak cakap, amboi ‘overshadowed’ ya. Dia ketawa saja. Tapi saya tiada masalah pun. Rasa kelakar juga sebab reaksi suami yang diam tu pun dapat perhatian,” ujarnya.

Dengar-dengarnya selepas ini, Kak Girl bakal muncul dengan lagu Beyonce pula. Agak-agak macam mana aksi dan tarian yang bakal dipersembahkan dalam video itu nanti ya? – MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim

A post shared by Meera James (@kakgirlsebenar) on Sep 29, 2017 at 10:15pm PDT

Tags: Humood AlKhauderkak girlKun Anta
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kecewa Pandang Muka, Bakat Tolak Tepi -Zahiril

Next Post

Wanita Warga Thailand Didakwa Edar Dadah

Related Posts

Video Parodi: Shah Rukh Khan Puji Kak Girl?

15/02/2025
0

TIDAK lama dahulu, video mencuit hati seorang wanita bernama Kak Girl miming dan menari lagu Bole Chudiya telah tular di...

Penyanyi Kacak ‘Kun Anta’ Suka Aksi Neelofa Dalam Kereta

10/06/2015
0

NAMA Humood AlKhauder secara tiba-tiba menjadi sebutan ramai dan kegilaan gadis Malaysia apabila video rakaman aksinya menyanyikan lagu berjudul Kun...

Next Post

Wanita Warga Thailand Didakwa Edar Dadah

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd