• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kadar Jenayah Indeks Di N.Sembilan Turun 5.17%

oleh Ahmad Albab
17/10/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Kadar jenayah indeks di Negeri Sembilan mencatatkan penurunan sebanyak 5.17 peratus bagi tempoh Januari hingga September tahun ini berbanding tempoh sama tahun lepas, kata Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Noor Azam Jamaludin.

Beliau berkata penurunan kadar jenayah indeks itu merangkumi jenayah keganasan dan jenayah harta benda iaitu 2,986 kes pada tahun ini daripada 3,191 kes tahun lepas, perbezaan sebanyak 205 kes.

Bagi pengiraan jenayah indeks per 100,000 penduduk pula, ia turut merekodkan penurunan sebanyak 11.76 peratus atau 398 kes, iaitu kepada 2,986 kes tahun ini berbanding 3,384 kes pada tahun lepas, katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua Cawangan Khas Negeri Sembilan ACP Dr Zafari Zulkifli serta Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti negeri ACP Samad Yahya.

Mengulas lanjut, Noor Azam berkata kecemerlangan sesebuah organisasi amat berkait rapat dengan modal insan yang dimiliki.

“Dalam meningkatkan modal insan, kita mestilah memiliki ilmu, sikap positif dan kemahiran yang bersesuaian serta pemikiran yang strategik supaya relevan dengan peredaran masa dan perubahan persekitaran.

“Tenaga kerja yang relevan adalah satu daripada cabaran terbesar yang dihadapi oleh institut kepolisan masa kini dan dengan mengekalkan integriti, maka barulah dapat kita mengekalkan tahap kita sebagai agensi penguat kuasa undang-undang dan keselamatan negara,” katanya.

Beliau berkata untuk mencapai kecemerlangan tersebut, ia memerlukan pengorbanan yang besar dan iltizam yang tinggi daripada setiap warganya.

“Setiap anggota tidak seharusnya cepat berpuas hati sehingga menjadi leka dan selesa dengan pencapaian yang diraih sebaliknya perlu bersedia melakukan anjakan paradigma dengan melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran yang berkualiti bagi menghadapi cabaran mendatang,” katanya.

Pada majlis itu, seramai 16 anggota menerima surat penghargaan yang terdiri daripada pegawai kanan, pegawai rendah dan pegawai awam di kontinjen negeri.

Dalam pada itu, Noor Azam turut mengambil kesempatan mengucapkan selamat menyambut Deepavali yang akan disambut esok kepada semua warga PDRM Negeri Sembilan khususnya bagi anggota yang beragama Hindu. – BERNAMA

Tags: Jenayah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tiga Pemimpin Parti Politik Dibebaskan Hari Ini

Next Post

Batal Flight, Ayda Jebat Jumpa Peminat Di Hospital

Related Posts

Pelaku Memang Ada ‘Niat’

Pelaku Memang Ada ‘Niat’

31/12/2023
0

Kuala Lumpur : Masyarakat Malaysia sering digambarkan sebagai masyarakat beradab, kaya dengan budi bahasa, bertimbang rasa dan berpekerti mulia. IKUTI...

Dua Lelaki Bergaduh Pegang Gergaji, Parang

17/11/2021
0

JAWA: Seorang anggota polis terpaksa melepaskan tembakan di udara bagi menghentikan perbalahan melibatkan dua penduduk di Jalan By Pass Ir...

Next Post

Batal Flight, Ayda Jebat Jumpa Peminat Di Hospital

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd