• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jutaan Rangkaian Wifi Di Singapura Mudah Digodam

oleh
19/10/2017
dalam Gajet, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Jutaan pengguna rangkaian Wifi di tempat awam, rumah waima pejabat di seluruh Singapura terdedah kepada penggodam yang berjaya menyasarkan data-data penting untuk dicuri.

Ia selepas beberapa kelemahan aspek keselamatan siber didedahkan oleh ramai pengkaji, menurut kenyataan Pasukan Respons Kecemasan Komputer Singapura (SingCERT) kelmarin yang disiarkan akhbar tempatan TODAY.

Ini bermakna hampir setiap orang yang menggunakan perayauan Internet menerusi perkhidmatan Wifi, seperti peralatan komputer riba, telefon ataupun konsol permainan dan gajet kediaman pintar, mengalami berisiko.

SingCERT, di bawah Agensi Keselamatan Siber Singapura, turut mengeluarkan amaran terkini itu yang menyatakan: “Pendedahan ini boleh menjejaskan risiko keperibadian data pengguna WiFi di rumah dan pejabat.”

Kelemahan terbaru itu juga menjejaskan rangkaian sedunia yang menggunakan protokol Akses Perlindungan Wifi (WPA) 2, huraian yang paling biasa digunakan pengguna untuk pengesahan Wifi sekarang ini.

Ia juga boleh menjejaskan alat-alat dalam piawai WPA, menurut SingCERT. Syarikat-syarikat perniagaan skala besar bagaimanapun mungkin berisiko lebih rendah jika langkah-langkah keselamatan secukupnya dilakukan.

“Selepas serangan dari orang tengah dilakukan terhadap alat yang terjejas, penyerang boleh menggunakan pendedahan tersebut untuk memantau atau mempergunakan rangkaian trafik pengguna,” dedah SingCERT.

Pakar-pakar siber mengatakan bahawa ini bermaksud penggodam mampu menyerang rangkaian rumah dan pejabat untuk mendapatkan banyak data peribadi penting, atau melancarkan serangan lain bagi menjejaskan operasi.

Syarikat-syarikat telekomunikasi tempatan namun menggesa semua pelanggan mereka untuk mengemaskinikan alat-alat gajet mereka dengan perisian terbaharu dari pengeluar bertauliahnya sebagai langkah pencegahan.

“Kami sedang kerjasama dengan rakan-rakan peranti bagi memahami bila tampalan itu disediakan, dan kami galak pelanggan untuk memastikan alat tanpa wayar mereka menggunakan perisian terkini,” kata jurucakap StarHub.

Para pengguna yang belum lagi menerima perisian kemas kini boleh melakukan langkah bagi mencegah ceroboh, dengan berhubung menerusi jalur lebar menggunakan kabel ataupun rangkaian telefon bimbit sahaja.

Beberapa pakar siber yang dihubungi TODAY turut menyatakan bahawa pengguna sebenarnya juga boleh menggunakan rangkaian persendirian maya (VPN) sebagai sokongan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: SingapuraWiFi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tiga Beranak Mengaku Salah Dera Dua Beradik

Next Post

Anjing Terkejut Gigit Kepala, Telinga Bayi

Related Posts

Malaysia, Singapura Meterai MOU Cegah, Tangani Jenayah Rentas Sempadan

Malaysia, Singapura Meterai MOU Cegah, Tangani Jenayah Rentas Sempadan

14/11/2024
0

SINGAPURA - Malaysia dan Singapura menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) pada Khamis untuk memperhebat usaha membanteras jenayah rentas sempadan seperti pemerdagangan...

Aliff Lebih Banyak Luang Masa Berehat Dengan Keluarga Di Singapura

Aliff Lebih Banyak Luang Masa Berehat Dengan Keluarga Di Singapura

03/07/2024
0

KUALA LUMPUR : Aliff Aziz mengaku lebih banyak meluangkan masa dengan keluarga di Singapura dan berehat sebelum memutuskan untuk kembali...

Next Post

Anjing Terkejut Gigit Kepala, Telinga Bayi

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd