• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jualan Merosot Di Singapura, Ratusan Staf Dipecat

oleh
15/10/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Firma media cetak terbesar Asia, Singapore Press Holdings (SPH) milik pemerintah terpaksa membuang 230 pekerja menjelang akhir tahun ekoran jualan akhbarnya merosot teruk!

Dalam kenyataan dipetik agensi berita AFP, gergasi surat akhbar terkemuka yang memonopoli penerbitan akhbar di republik itu sejak berpisah daripada Malaysia pada 1965; turut merancang memberhentikan ratusan lagi staf.

SPH mendakwa, seperti organisasi media lain di seluruh dunia, perniagaan akhbar yang merupakan teras syarikat itu terjejas akibat berita online, dengan pendapatan daripada pengiklanan dan pengedarannya pula kian merosot.

Hampir separuh daripada 400 kakitangan yang bakal diberhentikan sudah diberitahu tentang rancangan tersebut. Pihak SPH dilaporkan pada mulanya merancang untuk hanya berbuat demikian sebelum akhir tahun 2018 depan.

Namun ia mengumumkan langkah drastik itu terpaksa dibuat akhir tahun ini. Pada 1 Oktober lalu, SPH menutup akhbar kompak popular percuma TODAY yang diterbitkan sejak tahun 2000 dan beralih kepada platform online.

Ia ekoran edarannya jatuh kepada hanya 300,000 naskhah sehari. Tahun lalu, SPH terpaksa menggabungkan harian The New Paper dan My Paper untuk menjadi akhbar dwibahasa Inggeris dan Cina diedarkan percuma.

SPH ketika ini menerbitkan 17 judul akhbar antaranya The Straits Times, Berita Harian, Lianhe Zaobao dan Tamil Murasu, selain beberapa portal berita terkenal seperti Stomp serta mengendalikan tiga stesen radio tempatan.

Bangunan ibu pejabat Singapore Press Holdings di Toa Payoh, Singapura

Dengan modal pasaran S$6 bilion (RM18.2 bilion) – lebih dua kali ganda daripada nilai modal syarikat akhbar terkemuka Amerika Syarikat, The New York Times Co., SPH juga menerbitkan lebih 100 judul majalah di Singapura.

Dalam pada itu, AFP turut dimaklumkan bahawa sebilangan besar daripada kakitangan yang akan diberhentikan adalah dari bilik berita di jabatan editorial. SPH mempunyai seramai 4,410 petugas setakat hujung Ogos lalu.

Ini termasuk kira-kira 1,000 wartawan dan koresponden di seluruh dunia. Ketua eksekutif SPH, Ng Yat Chung dilaporkan berkata, belum ada lagi rancangan untuk menutup mana-mana akhbar di bawah naungan syarikat itu.

“Keuntungan daripada perniagaan media cetak jauh lebih rendah disebabkan oleh gangguan penyebaran berita secara digital,” kata beliau pada sesi taklimat untuk mengumumkan hasil pendapatan penuh syarikat berkenaan.

Walaupun terdapat masalah serius dalam sektor media tradisional itu, Yat Chung berkata, pelbagai bahagian perniagaan SPH yang lain, termasuk cabang hartanah pula ironinya mencatatkan prestasi kewangan lebih baik.

SPH mendedahkan bahawa keuntungan bersih kumpulannya bagi tahun kewangan yang berakhir pada bulan Ogos lalu mencapai S$350 juta (RM1.09 bilion), naik sebanyak 32 peratus berbanding rekod pada tahun sebelumnya.

Pendapatan operasi perniagaan media yang merupakan terasnya pula jatuh 13 peratus tahun ini. Pendapatan iklan menjunam sebanyak 16.9 peratus, manakala hasil edaran akhbar turun 5.1 peratus. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Singapore Press HoldingsSingapura
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

09/04/2026
0

REMBAU - Pemimpin negara lain diharap tidak membuat kenyataan berhubung pendekatan Malaysia dalam mendepani isu sekatan di Selat Hormuz. Menurut...

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

08/04/2026
0

SINGAPURA, 8 Apr - Singapura menegaskan tidak akan terlibat dalam sebarang rundingan dengan Iran berhubung laluan selamat kapal atau kadar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd