Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Umum Langkah Bantu...

KUALA LUMPUR - Lembaga Getah Malaysia (LGM) menjelaskan harga getah asli di Malaysia...

Penembak Sekolah Mahu Derma...

MIAMI - Penembak di sebuah sekolah di Parkland, Nikolas Cruz mahu mendermakan hartanya...

Britain Akan Larang Jual...

LONDON - Kerajaan Britain hari ini, dijangka mengumumkan keputusan untuk larang penjualan semua...

Padah Curi Di Parkir,...

MELAKA - Gara-gara mencuri pelbagai jenis barang bernilai lebih RM10,000 di tiga tempat...

JPNK: Penceroboh Di Hutan Simpan Main Kotor

PENDANG – Menabur paku di atas jalan masuk antara tindakan yang dilakukan oleh penceroboh di hutan simpan bagi mensabotaj Ops Pugar di Hutan Simpan Bukit Perak, di sini, semalam.

Operasi penguatkuasaan bersepadu Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia bersama Jabatan Perhutanan Kedah (JPNK) itu dilaksanakan menerusi Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).

Difahamkan, tayar tujuh kenderaan pacuan empat roda milik agensi yang menyertai operasi terbabit pancit akibat terkena paku yang ditabur penceroboh dan terpaksa mengambil masa untuk diganti semula sebelum operasi dapat diteruskan.

Timbalan Pengarah Operasi JPNK, Mohd Rahim Ramli berkata, seramai 157 kakitangan membabitkan pelbagai agensi seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pejabat Daerah Pendang dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) terbabit dalam operasi bermula pada jam 8.15 pagi.

“Kami dapati kawasan hutan simpan yang diceroboh ini untuk tujuan pertanian secara haram dengan menanam pelbagai pokok buah-buahan.

“Perbuatan ini adalah satu kesalahan dan rakyat perlu sedar jika ditangkap mereka boleh didakwa mengikut Seksyen 47 Akta Perhutanan Negara 1984 yang memperuntukkan denda maksimum RM10,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan,” katanya.


Katanya, pihaknya membuat intipan sejak dua minggu lalu bagi mengumpul maklumat sebelum operasi berkenaan dilaksanakan.

“Hari ini (semalam) kami mengambil tindakan memusnahkan semua tanaman yang ditanam secara haram di sini. Ada beberapa jenis tanaman yang ditanam antaranya pokok getah, pisang, durian dan buah-buahan lain,” katanya. – myMetro Online

Kategori