• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JPJ Kedah Buka Tender Siri Nombor Plat KEL

oleh Ahmad Albab
10/10/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah membuka tender tempahan bagi nombor pendaftaran kenderaan ‘KEL 1 hingga KEL 9999’ kepada orang awam bermula semalam hingga 23 Oktober ini.

Pengarahnya, Ismasuhaimi Shariff, berkata, pihaknya menjangkakan nombor pendaftaran negeri itu turut akan mendapat sambutan seperti yang diperoleh ‘KEE’ dan ‘KEK’ sebelum ini berdasarkan pertanyaan dan panggilan orang awam mengenai tender tersebut sejak beberapa hari lepas.

“Sebelum ini, JPJ Kedah mendapat kutipan tertinggi hasil daripada tender nombor pendaftaran ‘KEE’ adalah RM308,000 pada 2016 manakala ‘KEK’ sebanyak RM189,000 kira-kira tiga bulan lalu.

“Justeru itu, kami menjangkakan ‘KEL 1 hingga KEL 9999’ mendapat kutipan yang juga tinggi kerana mempunyai banyak kombinasi yang boleh dijadikan pelbagai perkataan seperti ‘KEL 14’ (KELIA), ‘KEL 413’ (KELAB), ‘KEL I45’ (KELISA) dan ‘KEL I847’ (KELIBAT).

“Terdapat tiga kategori nombor pendaftaran dibuka iaitu nombor emas yang bermula angka 1 hingga 10 dengan tender bermula RM10,000 yang kedua ialah nombor menarik (nombor dua angka) yang bermula RM2,000, nombor popular (nombor kahwin) bermula RM300 dan nombor semasa bermula RM210,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini, hari ini.

Kata Ismasuhaimi, beliau yakin nombor pendaftaran negeri ‘KEL’ ini mendapat sambutan yang menggalakkan hingga boleh mencecah RM2 juta tender jumlah tender terkumpul berbanding nombor ‘KEE’ sebanyak RM1.88 juta seperti sebelum ini.

“Buat masa ini nombor pendaftaran ‘KEK’ masih berjalan dan dijangkakan akan mencecah angka 9000 pada awal November ini… selepas selesai ‘KEK’, nombor pendaftaran ‘KEL’ pula dijangka bermula pertengahan November ini,“ katanya.

Dalam pada itu, Ismasuhaimi turut menegaskan agar pemilik kenderaan mematuhi peraturan yang ditetapkan berkaitan nombor pendaftaran kenderaan agar ianya mematuhi spesifikasi yang ditetapkan.

“Dalam keghairahan untuk memilih dan menempah nombor plat ini, saya sekali lagi ingin memperingatkan pengguna agar mematuhi spesifikasi yang sudah ditetapkan JPJ kerana jika melanggar peraturan, saman akan dikeluarkan,” katanya.

Katanya, bagi sesiapa yang berminat bolehlah membuat tempahan kepada Pengarah JPJ Kedah atau melayari laman web JPJ di www.jpj.gov.my untuk mendapatkan panduan serta syarat-syarat lanjut mengenai proses tempahan. – BERNAMA

Tags: JPJ Kedahnombor plat
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

APMM Tahan 3 Kapal Pasir Bersauh Tanpa Kebenaran

Next Post

“Bagi La Laki Kau Kat Aku Yang Anak Dara Tua Ni”

Related Posts

Suami Isteri Kejar Kereta Penembak Demi Nombor Plat

Suami Isteri Kejar Kereta Penembak Demi Nombor Plat

11/02/2025
0

KLUANG: Pasangan suami isteri nekad mengejar sebuah kereta dinaiki tiga suspek sejauh dua kilometer selepas penjenayah itu cuba membunuh mereka...

Pamer Nombor Plat Lain Pada Kereta McLaren, JPJ Siasat Suami Pelakon

Pamer Nombor Plat Lain Pada Kereta McLaren, JPJ Siasat Suami Pelakon

20/06/2023
0

KUALA LUMPUR: Tindakan meletakkan nombor pendaftaran kenderaan lain pada kenderaan sendiri tetap menjadi kesalahan dan boleh dikenakan saman walaupun ia...

Next Post

"Bagi La Laki Kau Kat Aku Yang Anak Dara Tua Ni"

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd