• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Johor Wujud Pelan Induk Bangun Kemahiran Pacu TVET

oleh AK-47
02/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Kerajaan Johor mewujudkan Pelan Induk Pembangunan Kemahiran Negeri Johor bagi memacu pembangunan kemahiran berteraskan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) kepada belia di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan dan Sumber Manusia Johor, R. Vidyananthan berkata pelan berkenaan akan dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 7 Okt ini, bersempena perasmian Ekspo Johor Berkemajuan di Kota Iskandar, Iskandar Puteri.

“Kerajaan negeri amat komited untuk memastikan rakyat Johor mendapat manfaat daripada pelan tersebut.

“Unit Swadaya Insan Negeri Johor (SIJ) telah bersedia untuk memantau pelaksanaan yang dirangka di bawah pelan induk itu demi pembangunan swadaya insan di Johor,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Skills Johor Datuk Omar Shariff Mydeen berkata pelaksanaan pelan tersebut akan dapat memastikan tenaga kerja di Johor dilengkapi dengan kemahiran yang diperlukan bagi memacu pembangunan pesat negeri serta negara.

“Pelan Induk Pembangunan Kemahiran Negeri Johor adalah sebahagian daripada Pelan Induk TVET yang dibangunkan kerajaan persekutuan melalui Kementerian Sumber Manusia dengan bantuan kementerian berkaitan.

“Ia adalah permulaan dan rujukan yang baik untuk Pelan Induk TVET komprehensif kebangsaan,” katanya. – BERNAMA

Tags: R Vidyananthan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ujian Siren Tsunami Di Seberang Perai Utara

Next Post

Wushu: Najib Ucap Tahniah Kepada Wong Weng Son

Related Posts

Karnival Kerjaya Johor Sedia 7,000 Peluang Pekerjaan

04/10/2017
0

ISKANDAR PUTERI – Karnival Kerjaya Johor 2017, yang akan ​​​​diadakan sempena Ekspo Johor Berkemajuan mulai hujung minggu ini, bakal menyediakan...

Kerajaan Johor Kaji Pelan Rasionalisasi Buruh

25/05/2017
0

ISKANDAR PUTERI - Kerajaan negeri sedang menjalankan kajian Pelan Rasionalisasi Buruh bertujuan mengkaji keperluan sebenar pekerja asing di negeri ini...

Next Post

Wushu: Najib Ucap Tahniah Kepada Wong Weng Son

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd