• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jentera Siber BN Diminta Tidak Sebar Berita Unsur Fitnah

oleh AK-47
12/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Jentera siber Barisan Nasional (BN) termasuk UMNO diminta supaya tidak menyebarkan berita yang berunsurkan fitnah di media sosial.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) merangkap Pengerusi Biro Informasi dan Teknologi (IT) UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata masih banyak pencapaian BN yang boleh diketengahkan terutama berkaitan kejayaan pemimpin parti dan pembangunan negara selain dari menjadi pengadu-domba di media sosial.

“Saya yakin Jentera Siber BN mempunyai banyak modal (perkara) kerana setiap hari pelbagai program dan aktiviti yang dirangka dan boleh disebarkan demi kebaikan rakyat,” katanya kepada pemberita dalam sidang media selepas Program Bengkel Teknikal Maya peringkat negeri Terengganu.
Ahmad menarik perhatian agar jentera siber BN perlu menyebarkan perkara yang positif sebelum menjelangnya Pilihanraya Umum ke-14 .

“Saya harap, kita dapat perangi fitnah media sosial dan minta jentera siber BN memerangi fitnah media sosial ini yang dibuat oleh pihak pembangkang kerana kita ada banyak perkara (positif) yang boleh disebarkan,” katanya.

Beliau turut menyatakan ‘tweet’ yang dilapor oleh Malay Mail Online dua hari lepas menyebut pengguna Facebook yang menyokong BN dan UMNO jumlahnya dua kali ganda lebih ramai daripada penyokong pembangkang setakat Julai lepas.

“Tweet sebegini adalah perkara menarik kerana ia dibuat oleh pihak ketiga dan tidak ada kaitan parti politik iaitu Politweet yang disiarkan oleh Malay Mail di mana kajian terhadap pengguna Facebook (berkaitan) sokongan terhadap UMNO dan Pakatan Harapan.

“Malah, angka Facebook yang menyokong UMNO sebanyak 4.4 juta dan pembangkang pula angkanya separuh daripada itu menunjukkan parti kita semakin kuat,” katanya.

Beliau berkata ini adalah kali pertama kajian sebegitu meletakkan UMNO di hadapan pembangkang dalam perang media sosial. -BERNAMA

Tags: Datuk Ahmad Maslan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

SST: Kalau Rakyat Tahu Awal…

02/09/2018
0

SHAH ALAM - Bekas Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan menyifatkan PH tidak akan memenangi PRU14 sekiranya rakyat menyedari...

Ibu Ahmad Maslan Meninggal Dunia

24/04/2018
0

JOHOR BAHRU – Ibu kepada Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Ahmad Maslan, Aminah Sabran, meninggal dunia di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd