• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Tertipu Liberal Agama Atas Nama Akademik

oleh Ahmad Albab
03/10/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz meminta umat Islam negara ini supaya tidak tertipu dengan usaha pihak tertentu yang berusaha meliberalkan Islam di Malaysia atas nama akademik dan kebebasan berfikir.

Kata beliau, perkara yang melibatkan tentang soal pahala dan dosa di sisi agama adalah jauh lebih penting daripada pandangan akademik dan profesional yang bertujuan menggerakkan `iblis’ dalam akal umat Islam negara ini.

“Walau atas nama akademik dan kebebasan berfikir, pahala dan dosa, juga taklif dan pembalasan adalah lebih daripada akademik dan profesional.. Usah tertipu dengan gerak iblisi dalam akal, apatah nafsu anda,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Nik Mohamad Abduh berkongsi catatan seorang pensyarah beragama Islam tentang usaha meliberalkan Islam di Malaysia pihak tertentu melibatkan DAP dengan kerjasama sebuah universiti swasta tempatan melalui program berlatarbelakangkan akademik seperti berikut:

– Forum bertajuk “Hate Crime And LGBTIQ: Where Is The Love?” (Jenayah Benci dan LGBTIQ: Dimanakah Cinta?) di sebuah universiti swasta pada 21 Ogos 2016.

– Perbincangan meja bulat bertajuk “Islamizing the State: Religious Politics In Malaysia” (PengIslaman Negara: Politik Keagamaan di Malaysia) di universiti sama pada 12 Februari 2017,

– Perbincangan meja bulat bertajuk “The Future Of Religious Freedom” (Masa Depan Kebebasan Beragama) di universiti itu pada 22 Mac 2015

– Perbincangan meja bulat bertajuk “Should Human Rights Always Outweigh Religious Rights?” (Patutkah Hak Asasi Manusia Sentiasa Mengatasi Hak Keagamaan?) di universiti tersebut pada 14 Jun 2015.

– Perbincangan meja bulat bertajuk “Rethinking Secularism in the Globalised Era: Seeing Beyond Modernity” (Pemikiran Semula Sekularisme Dalam Era Global: Melihat Melewati Kemodenan) di universiti berkenaan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: liberalNik Abduh Nik Aziz
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PAS Mengaku Main 2 Kolam

11/03/2021
0

NIK Abduh mengakui PAS main dua kolam. Dengan MN pun dia main, dengan PN pun dia main. Pada PAS itu...

Mahathir Dakwa Orang Melayu Tolak Anwar

12/03/2020
0

PUTRAJAYA - Tun Dr. Mahathir Mohamad mendakwa orang Melayu tidak menyokong Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd