• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Ketepikan Rawatan Moden Kanser Payudara

oleh Ahmad Albab
15/10/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAWAU – Golongan wanita di negeri ini diminta agar tidak mengetepikan kaedah rawatan moden di hospital bagi merawat kanser payudara, kata Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah, Datuk Hamisa Samat.

Katanya, tindakan mengetepikan rawatan moden dan bergantung pada rawatan alternatif yang tidak efektif semata-mata hanya akan menyebabkan kanser merebak serta sukar dirawat.

“Golongan wanita perlu menjaga kesihatan dan kerap melakukan pemeriksaan payudara secara sendiri dan boleh mendapatkan rawatan susulan di hospital,” katanya.

Hamisa yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Batu berkata demikian pada majlis Pink Oktober Run 2017 For Breast Cancer Awareness di Padang Bandar hari ini.

Katanya, kanser payudara tidak boleh dipandang remeh kerana penyakit itu merupakan pembunuh utama wanita dengan risiko lima kali ganda kepada wanita yang mempunyai sejarah iaitu ibu atau adik-beradik perempuan sebagai penghidap kanser payudara.

Katanya, golongan yang paling tinggi berisiko menghidap penyakit ini adalah kumpulan umur 40 hingga 49 tahun dan 50 hingga 59 tahun dengan sikap tidak ambil tahu dan pengetahuan yang cetek mengenai kanser menjadi punca kepada peningkatan kadar kematian dalam kalangan wanita.

Hamisa juga berkata mengikut laporan pendaftaran Kanser Kebangsaan, ramai pesakit datang lambat ke hospital bagi mendapatkan rawatan iaitu 42 peratus pesakit telah berada pada tahap tiga dan empat.

Katanya 32 peratus daripada semua jenis kanser telah dikesan dalam kalangan wanita di negara ini yang berusia 45 tahun dan ke atas.

Sehubungan itu beliau berkata, diagnosis awal bukan sahaja akan meningkatkan peluang untuk rawatan yang berjaya tetapi juga menghindarkan kos rawatan tinggi.

Dalam masa sama, golongan lelaki juga diingatkan bahawa mereka turut berisiko mendapat kanser payu dara walaupun bilangannya sedikit berbanding golongan wanita.

Mengenai program itu, Hamisa berkata setiap anggota masyarakat dan agensi kerajaan termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) perlu membantu Kementerian Kesihatan menganjurkan kempen kesedaran mencegah kanser payudara. – BERNAMA

Tags: Kanser Payudara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sel Kanser Payudara Lebih Agresif Serang Lelaki – Pakar

01/04/2021
0

KOTA BHARU - Sel kanser payudara yang menyerang kaum lelaki didapati lebih agresif berbanding dihidapi wanita malah boleh membawa maut,...

Budak 3 Tahun Ada Kanser Payudara Selamat Dibedah

07/12/2018
0

SEORANG budak perempuan berusia tiga tahun berjaya sembuh selepas menjadi pesakit kanser payudara paling muda di dunia. Pesakit tersebut, yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd