• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Hina Negara Dengan Gelaran ‘Darul Penyangak’

oleh Ahmad Albab
25/10/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tindakan Tun Dr. Mahathir Mohamad menggelar Malaysia sebagai ‘Darul Penyangak’ adalah satu penghinaan terhadap negara sendiri.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak berkata amat tidak wajar bagi bekas perdana menteri itu menggelarkan negara ini dengan nama sebegitu kerana gelaran tersebut tidak patriotik dan di luar daripada batas kewarasan berpolitik.

“Jikapun marah dengan kerajaan hari ini, Mahathir tidak sepatutnya menghina negara sendiri. Negara ini adalah negara kita bersama.

“Baik atau buruknya, maju atau mundurnya negara ini, kita perlu bersama mempertahankannya, bukan menghinanya,” tegas Salleh menerusi catatan terbaharu di blog beliau hari ini.

Beliau berkata demikian bagi merujuk kepada catatan di blog Dr. Mahathir yang menamakan Malaysia negara ‘Darul Penyangak’ berikutan pelaksanaan projek 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) dan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Salleh berkata Dr. Mahathir sebenarnya mengulangi isu 1MDB dan GST itu dalam setiap tulisan dan ucapannya semata-mata supaya rakyat membenci Datuk Seri Najib Tun Razak Najib dan mahukan perdana menteri itu jatuh.

“Strategi Dr. Mahathir ini adalah seperti menyerang ular, iaitu ketuk kepala ular berulang kali supaya akhirnya ular menjadi lemah dan lumpuh. Itu sahaja yang Dr. Mahathir mahu, iaitu menjatuhkan Najib. Inilah politik dendam yang tidak baik,” katanya.

Beliau berkata Najib sebenarnya telah menjelaskan satu persatu berserta fakta mengenai 1MDB dan juga menerangkan mengenai rasional pelaksanaan GST.

“Dr. Mahathir pasti tidak mendengar dan menerima sebarang penjelasan kerana matlamat beliau adalah untuk menjatuhkan PM Najib atas sebab dendam politik, bukannya demi negara,” kata Salleh. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Salleh Said Keruakhina negara
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Stor Perabot Lama SJKT Kuala Pilah Terbakar

Next Post

PDRM Sedia Bantu Sahkan Indentiti Dr. Mahmud

Related Posts

Salleh Galas Tugas Pengerusi UMNO Sabah

05/06/2018
0

KOTA KINABALU - Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak dilantik menjalankan tugas Pengerusi Perhubungan UMNO...

Pembangkang Sebar Berita Palsu Sebab Tahu Akan Kalah

09/05/2018
0

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak membidas pembangkang yang menyebarkan berita palsu untuk...

Next Post

PDRM Sedia Bantu Sahkan Indentiti Dr. Mahmud

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd