Saturday, April 27, 2024

Creating liberating content

Lelaki Warga Indonesia Didakwa...

LELAKI Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Majistret Tangkak, hari ini atas pertuduhan membunuh majikannya...

Bapa, Anak Maut Dipercayai...

KUANTAN: Dua beranak Orang Asli maut dipercayai akibat terkena renjatan elektrik semasa menangkap...

Banjir Di Pulau Pinang...

GEORGE TOWN - Keadaan banjir di Pulau Pinang beransur pulih dengan jumlah mangsa...

Enrico Barbian Dari Bardiani...

MUAR - Pelumba Itali, Enrico Barbin menjuarai peringkat keenam Le Tour de Langkawi...

Jangan Gunakan Sekolah Raih Publisiti Murahan

ISKANDAR PUTERI – Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Johor Datuk Ayub Rahmat memberi amaran kepada parti pembangkang supaya jangan menggunakan pihak sekolah untuk meraih publisiti murahan untuk mendapatkan kepentingan politik.

Beliau berkata pihak pembangkang pada awalnya memberitahu guru-guru berkenaan kononnya sumbangan itu adalah sumbangan peribadi dan tidak berkaitan dengan mana-mana parti politik.

“Bagaimanapun, perkara yang sebaliknya yang berlaku,” kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan Anugerah Lestari dan Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia Peringkat Johor sempena Ekspo Johor Berkemajuan di Kota Iskandar di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan sebuah parti pembangkang yang memanipulasikan gambar guru besar dari lima sekolah di Johor bagi tujuan politik selepas kononnya menyampaikan sumbangan peribadi berbentuk sekotak kertas A4.

“Pejabat Pendidikan Negeri memang membekalkan sekolah dengan kelengkapan yang mencukupi, terutamanya kertas.

Janganlah kita mempolitikkan sekolah terutamanya sekolah-sekolah di Johor. Pakatan Harapan bagi satu kotak kertas bersamaan 10 rim sedangkan keperluan sekolah-sekolah berkenaan adalah lebih daripada 1,000 rim.

“Ahli Parlimen Tenggara Datuk Halimah Mohamed Sadique menyumbangkan 150 rim, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Raja Datuk Seri Dr Adham Baba sumbangkan 50 rim, dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kulai pula menyumbangkan 42 rim.

“Oleh itu, saya mencabar parti Amanah untuk hantar lebih 150 rim setiap minggu, jangan hantar sekali, satu kotak, kemudian bergambar. Sepuluh rim nak bungkus tempe pun tak cukup,” katanya.

Mengenai dakwaan parti pembangkang yang kononnya terdapat banyak kuarters guru terbiar di Johor tanpa diselenggarakan oleh kerajaan negeri, beliau berkata kuaters guru yang terletak di Tenang, Segamat, sememangnya tidak berpenghuni.


“Kali terakhir ia diduduki adalah pada 2011. Sebenarnya, kuarters itu dibina sejak 10 tahun yang lalu tetapi kenapa tahun ini baru nak nyatakan terbengkalai? Melainkan hanya sengaja mencari isu dan populariti bukannya jalan penyelesaian,” kata Ayub sambil memberitahu situasi itu turut berlaku di Kedah, Perak dan Selangor.

Menurutnya pada Mesyuarat Tindakan Peringkat Daerah, Anggota Dewan Undangan Negeri Tenang Azhar Ibrahim mencadangkan untuk kuarters-kuarters guru yang tidak berpenghuni itu, digunakan atau diberikan kepada agensi lain.

“Jadi, kita mengalu-alukan mana-mana agensi kerajaan yang memerlukan ruang pejabat atau premis sementara, mereka boleh membuat permohonan kepada Pejabat Pendidikan Negeri dan kita akan pertimbangkan.

“Kita berpendapat kuarters ini sesuai dijadikan bangunan pelbagai guna oleh agensi-agensi lain dengan mendapatkan kebenaran Kementerian Pendidikan,” katanya.

Ayub berkata kekosongan kuarters guru berkenaan juga berlaku kerana faktor kenaikan gaji dan elaun perumahan guru. – BERNAMA

Kategori