• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Benar Anak Ke Sekolah Jika Dijangkiti Beguk

oleh Ahmad Albab
08/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Kementerian Kesihatan menasihatkan ibu bapa supaya tidak membenarkan anak yang dijangkiti beguk ke sekolah kerana bimbang penyakit itu menjangkiti murid lain.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata walaupun penyakit beguk merupakan gejala ringan, namun ia boleh berjangkit kepada kanak-kanak yang belum mempunyai sistem imuniti tubuh yang kuat.

“Orang ramai tidak perlu bimbang kerana pejabat kesihatan di daerah sedang mengambil langkah tambahan untuk mengawalnya daripada merebak.

“Cuma saya nak nasihatkan ibu bapa agar tidak membawa anak mereka ke kawasan orang ramai atau tempat terbuka terutamanya sekolah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Apresiasi Negaraku Sehati Sejiwa 2017 anjuran Jabatan Penerangan Malaysia Pulau Pinang di sini, hari ini.

Dr Hilmi yang juga Anggota Parlimen Balik Pulau berkata orang ramai yang mengalami penyakit beguk diminta mendapatkan rawatan di klinik atau hospital berdekatan bagi mengelak ia menjadi lebih teruk.

“Paling penting bagi kanak-kanak adalah mereka perlu mendapatkan rawatan segera di klinik jika dijangkiti penyakit beguk kerana sistem imuniti mereka masih belum kuat,” katanya.

Semalam, Kementerian Kesihatan menafikan dakwaan yang tular di media sosial bahawa penyakit beguk membabitkan murid di Putrajaya berpunca daripada jemaah haji yang baru kembali dari Tanah Suci.

Kementerian Kesihatan dalam kenyataannya pada 15 Sept lepas mengesahkan kes beguk membabitkan 11 murid Sekolah Kebangsaan Presint 11, Putrajaya yang dilaporkan pada 25 Julai lalu. Bagaimanapun, sejumlah 17 kes lagi dilaporkan selepas itu, membabitkan sekolah sama dan dua sekolah lain.

Beguk disebabkan oleh jangkitan virus ‘Paramyxovirus’ dan menyebabkan pesakit mengalami demam, sakit kepala, sakit otot, keletihan, hilang selera makan dan bengkak serta sakit di kelenjar parotid (kelenjar air liur). – BERNAMA

Tags: BegukDatuk Seri Dr Hilmi Yahaya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tutup Sekolah Elak Wabak Beguk Berterusan – KKM

26/10/2018
0

KUALA LUMPUR – Penutupan dua sekolah di Selangor berikutan jangkitan wabak beguk antara kaedah mengelakkan jangkitan terus berlaku, kata ​​​​​​​Ketua...

Wabak Beguk: 2 Sekolah Di Selangor Ditutup Sementara

25/10/2018
0

KUALA LUMPUR – Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Kajang dan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Integrasi Gombak ditutup buat sementara waktu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd