Friday, March 1, 2024

Creating liberating content

Pertemuan 15 ADUN Dengan...

AYER KEROH - Pertemuan antara semua 15 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang...

Rosyam Nor Maafkan Kedai...

(Petikan Harian Metro)Kuala Lumpur: Isu pelakon dan penerbit, Datuk Rosyam Nor yang memuat...

Nurul Syuhada Nurul Ain...

TAHNIAH kami ucapkan kepada pengacara TV3, Nurul Syuhada Nurul Ain yang sudah selamat...

Kecekapan Kos Kekal Amalan...

KUALA LUMPUR - Kecekapan kos akan kekal menjadi amalan standard bagi syarikat minyak...

Jamil Khir Harap Mahkamah Syariah, Institusi Diperkasa

YAN – Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengharapkan pembentangan Bajet 2018 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat ini turut menyentuh usaha untuk memperkasakan Mahkamah Syariah dan institusi agama di seluruh negara.

Beliau berkata ini termasuk dari segi gaji selain membina dan menaik taraf bangunan Mahkamah Syariah untuk keselesaan kakitangannya dalam berkhidmat kepada rakyat.

Bagaimanapun, katanya beliau sedar semua itu perlu mengambi kira kedudukan kewangan semasa kerajaan.

Bercakap kepada pemberita pada Majlis Meraikan Pegawai dan Kakitangan Pejabat Daerah Yan yang Memenangi Pertandingan Keceriaan Negaraku peringkat Kebangsaan, di sini, hari ini, Jamil Khir juga berharap kerajaan membangunkan Pusat Falak di Pulau Bunting di sini untuk penyelidikan dan kaitan mengenai ilmu falak.

Katanya, menurut Persatuan Falak Syar’ie Malaysia, Pulau Bunting lokasi yang paling bertepatan untuk mengukur kedudukan anak bulan bagi menentukan bulan dan tahun baharu dalam kalendar Islam, berdasarkan kesesuaian lokasinya yang mempunyai ufuk timur dan barat dan tidak terlindung. – BERNAMA

Kategori