Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Kes Baharu Covid-19 Melonjak,...

SEBANYAK 62 kes baharu jangkitan Covid-19 dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat...

Bicara Kes Shahrir: Najib...

Bekas Perdana Menteri Najib Razak memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, dia...

Pembangkang Simbah Cat Merah...

KUALA LUMPUR - Beberapa poster calon Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Umum...

Kisah Menyayat Hati Atlet...

KASIHAN pulak mendengar kisah atlet wushi Indonesia bernama Edgar Xavier Marvelo ini.Ayahnya meninggal...

Jamal ‘Seru’ Mahathir Jadi Saksi Kes Fitnah Maria Chin

KUALA LUMPUR – Pemimpin gerakan Baju Merah hari ini telah ‘menyeru’ Dr. Mahathir Mohamad menjadi salah seorang saksi beliau dalam perbicaraan kes saman fitnah pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah.

Peguam Mohamed Nasser Yusuf, yang mewakili Jamal, berkata satu sepina telah dihantar kepada Mahathir melalui peguamnya, Mohamed Haniff Khatri Abdulla.

Kata Nasser, antara yang telah dipanggil untuk menjadi saksi kepada Jamal ialah bekas Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar; Ketua Polis, Fuzi Harun; Ketua Polis daerah Kuala Selangor, Roslan Abdullah dan pengerusi PKR Johor, Hassan Karim.

“Mereka akan diminta untuk memberikan keterangan pembelaan yang adil dan justifikasi sebagai tindak balas terhadap saman Maria,” katanya kepada pemberita.

Kata Nasser lagi, Fuzi yang merupakan Pengarah Cawangan Khas sebelum dinaikkan pangkat bulan lalu, akan diminta menjelaskan mengapa Maria ditahan tahun lalu di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma) 2012.

Terdahulu, Hakim Mohd Zaki Abdul Wahab menangguhkan kes itu pada 15 Januari kerana dia mempunyai perbicaraan pendengaran yang didaftarkan pada 2014 untuk disiapkan minggu ini.

Beliau juga menetapkan 10 November untuk mendengar permohonan oleh Fuzi untuk mengetepikan sepina yang dikeluarkan oleh Jamal untuk memberi keterangan dalam saman itu.

Zaki memerintahkan Jamal memfailkan afidavit sebagai balasan untuk mengetepikan saman itu pada 23 Oktober.

Peguam kerajaan Habibah Harun hadir mewakili Fuzi.


Dalam dakwaannya, Maria mendakwa bahawa pada 28 September tahun lepas, Jamal telah mengeluarkan kata-kata berunsur fitnah terhadap Bersih semasa sidang akhbar di luar Pusat Perdagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Dia juga mendakwa pada 4 Oktober tahun lalu, Jamal telah mengucapkan fitnah yang sama terhadap Bersih semasa sidang media di kompleks ibu pejabat polis Bukit Aman.

Maria juga berkata media dan portal berita kemudiannya menerbitkan kenyataan itu.

Dalam pernyataan tuntutan yang difailkan pada 7 Oktober, Maria berkata namanya telah diheret masuk ke dalam skandal awam dan mendakwa reputasi dan nama baiknya terancam.

Aktivis tersebut turut menuntut ganti rugi am, teruk, dan teladan serta perintah injunksi bagi menghalang defendan daripada mengulangi atau menyiarkan semula perkataan fitnah itu. – MYNEWSHUB.CC

Kategori