• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jadikan N.Sembilan Pusat Penyelidikan Udang Galah

oleh AK-47
24/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JELEBU – Jabatan Perikanan Malaysia merancang untuk menjadikan Negeri Sembilan sebagai pusat penyelidikan terbesar udang galah jenis macrobrachium rosenbergi atau nama lainnya udang galah sepit Domestikasi Biru (DB), di Malaysia menjelang tahun 2020.

Ketua Pengarahnya Datuk Munir Mohd Nawi berkata buat masa ini terdapat 8,400 baka udang galah sepit DB di dalam peringkat penyelidikan di Pusat Penyelidikan Perikanan (FRI) Air Tawar dan FRI Glami Lemi, dekat sini.

“Udang galah sepit DB ini mempunyai pasaran yang terbaik antara spesies ikan air tawar yang lain iaitu sekitar RM100 sekilogram dan ini dapat membantu meningkatkan pengeluaran negara sekali gus memberikan keuntungan kepada penternak tempatan.

Kami telah melantik tiga Rakan BMC (Pusat Pengganda Baka) untuk menghasilkan benih kepada penternak daripada baka dari FRI Glami Lemi antaranya AM Aquatechnic Sdn Bhd di Terengganu, Koperasi Desa Muara Hujung Rintis Berhad, Perak dan GK Aqua Sdn Bhd yang beroperasi di Negeri Sembilan,” katanya pada sidang media di majlis pelancaran Rakan BMC di sini, hari ini.

Turut hadir Pengarah Kanan Penyelidikan Perikanan Abu Talib Ahmad dan Pengarah FRI Glami Lemi Dr Mohd Fariduddin Othman.

Beliau berkata Rakan BMC dilantik sebagai jaminan anak benih bebas penyakit dan bekalan yang berterusan, selain pusat pembiakan Rakan BMC yang dilantik hendaklah beroperasi dengan pendekatan biosekuriti.

“Pihak kami juga akan membantu para penternak udang galah supaya mereka menjadi lebih berdaya saing di peringkat global dengan berusaha membantu daripada segala aspek di seluruh rantaian pengeluaran,” katanya. – BERNAMA

Tags: Pusat Penyelidikan Udang Galahudang galah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tren Elektrik Pertama Tanpa Pemandu Di China

Next Post

Dendam Tak Dapat Deposit, Penyewa Sabotaj Tuan Rumah

Related Posts

Udang Galah Kian Galak Musim Hujan

07/09/2018
0

ALOR GAJAH - Hujan lebat di sekitar kawasan Masjid Tanah sejak tiga hari lalu menyebabkan nelayan di Sungai Ramuan Cina,...

Isu Udang Galah Murah Mudarat Kesihatan

15/08/2018
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum isu yang tular di media sosial dan laporan pihak media massa...

Next Post

Dendam Tak Dapat Deposit, Penyewa Sabotaj Tuan Rumah

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd