• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Tahfiz DQI: Ibu Bapa Tolong Hentikan!

oleh AK-47
07/10/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MINGGU lalu, Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah dituduh cuba seleweng wang derma orang ramai kepada mangsa kebakaran yang mengorbankan 23 mangsa termasuk dua tenaga pengajar.

Sasaran tuduhan ialah Pengetuanya, Mohd Zahid Mahmood. Laporan sebuah portal, memetik sumber ibu bapa dan waris, sebagai pihak yang konon mempertikaikan cara beliau mengendalikan pembahagian derma tersebut.

Laporan cenderung menyifatkan Mohd Zahid sebagai tidak bertanggung jawab. Malah, menuduh pengetua itu cuba sembunyikan jumlah kutipan sebenar, serta hak pemilikan ibu bapa dan waris terhadap pengagihan wang derma itu.

Mohd Zahid kemudian tampil pantas menjawab pada pihak media dengan menyatakan: “Semua kutipan kini diaudit oleh pihak bertauliah dan pembahagian sedang segera diuruskan peguam yang dilantik.”

Mohd Zahid menafikan, DQI berniat mengaut semua wang kutipan. Katanya, sebagai pemegang amanah, DQI bertanggung jawab memastikan semua derma diaudit secara berdokumen dan disahkan jumlahnya.

Manakala, soal pembahagian akan diuruskan oleh pihak peguam dilantik bagi menjamin setiap proses agihan mengikut terma undang-undang.

Belum reda isu duit, semalam staf DQI dituduh pula konon telah menyeleweng segala derma makanan yang diberikan orang ramai kepada pusat tahfiz tersebut.

Hari ini, DQI menafikan tuduhan itu dengan menjawab pada portal yang sekali lagi melaporkan tuduhan jahat tersebut.

DQI menafikan dakwaan wujud perbuatan menyimpan makanan dan wang untuk diri sendiri, atau menyembunyikan hak tersebut daripada pelajar dan ibu bapa.

Melalui dua tuduhan ini, terdapat ibu bapa yang cuba seret maruah staf DQI ke tahap paling teruk dengan tuduhan: “Dapur sekolah itu dipenuhi barangan makanan yang tidak diagihkan kepada pelajar, serta pihak sekolah menentukan apa dan bila makanan boleh diberikan kepada pelajar.”

Malahana, staf DQI turut dituduh konon mengambil barangan makanan untuk kegunaan diri sendiri pula.

Kata staf DQI: “Mereka salah faham. Sekolah ini mempunyai wang dan makanan mencukupi. Jadi, saya beritahu penderma, lebih baik mereka beri kepada sekolah tahfiz lain.”

Ini menafikan tuduhan ibu mangsa: “Saya tidak membawa makanan. Jadi saya ke dapur (sekolah) dan makanan dapur itu kelihatan seperti kedai runcit.”

Lebih serius, ibu itu menuduh: “Tiada orang di dapur. Jadi saya ambil beberapa makanan untuk anak. Tetapi saya lihat anak saya ketakutan. Apabila ditanya apakah tidak kena. Jawabnya,‘Ustaz tidak benar kami ambil apa-apa makanan.’”

Staf DQI menganggap tuduhan liar itu satu penipuan. Pihak sekolah bahkan tidak menyimpan apa-apa stok makanan dan anak-anak tahfiz bebas untuk mengambil apa sahaja yang ada di dapur.

Selepas frasa sedih akibat tragedi kebakaran pada 14 September lalu, krisis ibu bapa dan pengurusan DQI kini meleret ke frasa paling memalukan.

Ia menggambarkan wujudnya agenda fitnah terancang untuk menjatuhkan maruah dan kredibiliti Mohd Zahid selaku pengetua.

Sebagai umat Islam kita tersentak dengan kejadian tuduh menuduh ini. Bermula daripada soal wang, kini meleret sampai kepada isu titik bengik membabitkan makanan.

Seakan-akan, kes DQI ialah kes mangsa kebuluran dan bukan mangsa kebakaran.

Kerana tuduhan sering datang daripada pihak yang mendakwa ibu bapa dan waris, atas nama Islam, kita merayu ia segera dihentikan.

Insya Allah dapat duit nanti, bukan setakat beras dan makanan, pasti cukup untuk melancong ke Paris atau Los Angeles juga.  -MYNEWSHUB.CC

Tags: Isu Tahfiz
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Johor Siasat Pusat Tahfiz Tidak Berdaftar

13/09/2018
0

JOHOR BAHRU - Kerajaan negeri akan melaksanakan siasatan dan membuat penyelarasan terhadap pusat-pusat tahfiz di Johor bagi memastikan kesemuanya beroperasi...

Status Unit Tahfiz Al-Barakah Diketahui Ogos Ini

23/07/2018
0

IPOH - Keputusan sama ada operasi Unit Tahfiz al-Quran Al Barakah di Pusat Pendidikan Al Barakah di Manjoi di sini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd