• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

IPT Digalak Buat Kajian Al-Quran, Bagi Sumber Rujukan

oleh AK-47
11/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NILAI – Institusi pengajian tinggi khususnya yang mempunyai fakulti Pengajian Al-Quran dan Sunah digalakkan untuk menjalankan kajian dalam membongkar rahsia al-Quran yang boleh dijadikan sumber rujukan dalam mendepani cabaran kontemporari umat Islam hari ini.

Pengerusi Institut Wasatiyyah Malaysia Tan Sri Abdullah Md Zin berkata langkah itu juga dilihat mampu menjadi solusi kepada masalah dunia hari ini yang boleh digambarkan sebagai hilang punca atau kehilangan arah untuk mengembalikan keharmonian dan kesejahteraan kehidupan.

“Langkah ini juga merupakan sebahagian daripada usaha memartabatkan al-Quran. Al-Quran perlu dibongkar lebih banyak lagi khususnya wasatiyyah al-Quran.

“Jadi pihak universiti khususnya Universiti Sains Islam Malaysia ini (USIM) melalui Fakulti Pengajian Al-Quran dan Sunahnya boleh memainkan peranan agar ia kelak dapat menjadi solusi atau pedoman kepada masalah dunia sekarang,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas majlis perasmian Seminar Wahyu Asas Tamadun Peringkat Antarabangsa kali ke-lima bertemakan ‘Wasatiyyah Al-Quran Dalam Menghadapi Cabaran Kontemporari’, di USIM di sini, hari ini.

Abdullah yang juga merupakan Penasihat Agama kepada Perdana Menteri berkata antara cabaran yang perlu dihadapi dalam mengamalkan konsep wasatiah atau kesederhanaan adalah keseimbangan wasatiyyah antara pembangunan luaran dan pembangunan dalaman.

“Selain berhadapan dengan kumpulan ekstremis dan golongan ekstrim liberal atau pluralisme yang cuba menyemai perasaan marah dan kebencian, keseimbangan dalam wasatiyyah juga menjadi cabaran.

“Tidak ada keseimbangan dalam wasatiyyah iaitu antara pembangunan luaran dan pembangunan dalaman yang merujuk kepada masalah hati, masalah akhlak, masalah emosi yang saya rasa ini juga perlu diperjelaskan.

“Berdasarkan pengalaman saya yang berkecimpung dalam bidang dakwah dan bidang pendidikan saya melihat kita lebih banyak membincangkan soal beribadah dan soal akidah juga kini menjadi perdebatan tetapi soal akhlak tidak berapa sangat. Contohnya tentang amanah, integriti dan bagaimana penanaman nilainya dapat dibuat, ia perlu dibongkar juga,” katanya.

Seminar Wahyu Asas Tamadun Peringkat Antarabangsa anjuran USIM dan Institut Wasatiyyah Malaysia yang dihadiri kira-kira 500 peserta itu diadakan selama dua hari bermula hari ini. – BERNAMA

Tags: Tan Sri Abdullah Md Zin
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kes Seludup Di Pagar Sempadan Negara Terkawal

Next Post

Ujian Doping Sampel B Atlet Sukan SEA Diuji Esok

Related Posts

Pembentangan RUU 355 Hasil Perpaduan UMNO Dan PAS

10/05/2017
0

MACHANG - Pembentangan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Pindaan 2016) atau RUU 355 di Dewan Rakyat pada...

Next Post

Ujian Doping Sampel B Atlet Sukan SEA Diuji Esok

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd