• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

IKEA Mohon Maaf, Tarik Balik Iklan Wanita Bujang

oleh AK-47
26/10/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEIJING – Gedung perabot gergasi IKEA, menarik balik iklan televisyennya di China, selepas menerima kritikan penonton kerana memberikan imej negatif terhadap wanita bujang, lapor agensi berita China Xinhua.

Iklan bermula dengan seorang ibu memberitahu anak perempuannya, “Jangan panggil saya ibu, jika anda masih tidak dapat membawa balik ke rumah seorang teman lelaki.”

Apabila anak perempuannya membawa balik seorang teman lelaki ke rumah, ruang tamu rumah berubah secara drastik, memperlihatkan aksi ibu bapa menghias rumah dengan mudah menggunakan barangan IKEA.

Ia kemudian disusuli dengan kapsyen “raikan setiap hari dengan mudah,” tertera di skrin.

Kritikan di media sosial menyifatkan iklan itu menggalakkan pemikiran kuno, supaya wanita berkahwin lebih awal, seelok-eloknya seawal usia 20-an.

Di China, wanita bujang berusia lewat 20-an atau lebih tua sering menerima tekanan supaya berkahwin lebih awal, terutama daripada ibu bapa.

IKEA dalam satu kenyataan berkata, pihaknya memahami kebimbangan orang ramai terhadap iklan itu dan meminta maaf “kerana memberikan tanggapan yang salah.”

Masalah iklah ditarik balik membabitkan jenama terkenal dari negara asing, bukan kali pertama berlaku di China.

Sebelum ini, pada Julai jenama kereta Audi terpaksa menarik iklan kerana dikatakan membandingkan wanita dengan kereta terpakai. – BERNAMA

Tags: IKEA
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

MRSM Ranau Bakal Dibina Pada Tahun Depan

Next Post

Lydia Ko Ungguli Pusingan Pertama LPGA Malaysia

Related Posts

Peminat JDT Bakal Menikmati Bebola Daging IKEA Di Stadium

Peminat JDT Bakal Menikmati Bebola Daging IKEA Di Stadium

05/10/2023
0

ISKANDAR PUTERI – Kelab bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) melebarkan empayarnya dengan menjalinkan kerjasama dengan IKEA Tebrau dan pusat beli-belah...

Harga Produk Ikea Meningkat 9 Peratus Tahun Ini

01/01/2022
0

AMSTERDAM – Syarikat gedung perabot terkemuka, Ikea, menaikkan harga jualan produknya sebanyak sembilan peratus bagi tahun ini yang melibatkan semua...

Next Post

Lydia Ko Ungguli Pusingan Pertama LPGA Malaysia

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd