BARU-BARU ini kecoh dengan berita mengenai usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida dikhabarkan mempunyai hubungan istimewa dengan seorang lelaki muda, Ahmad Iqbal Zulkefli.
Baca: Pemuda Aswara ‘Boyfriend’ Baru Datuk Seri Vida?
Tidak sampai beberapa hari kontroversi itu tersebar, anak perempuan Vida iaitu Cik B pula memuat naik status di Instagramnya sebagai tanda protes tak merestui terhadap hubungan tersebut.
Juga: Cik B Beri ‘Amaran’ Pada ‘Boyfriend’ Baru DSV
Bagaimanapun, gosip ini memasuki episod baharu apabila ibu kepada pembantu peribadi jutawan kosmetik itu, Maznuni Che Yusof tidak menghalang jika ditakdirkan jodoh anak ketiganya itu bersama Vida.
“Saya tidak akan menghalang jika ditakdirkan Datuk Seri Vida menjadi menantu,” kata ibu kepada pemuda berusia 23 tahun itu.
Maznuzi, 49, menerangkan bahawa hubungan rapat antara Ahmad Iqbal dengan Vida sebenarnya hanyalah sebagai seorang pekerja dengan majikan sahaja.
Dalam pada itu, Maznuni turut mengaku banyak menerima pertanyaan daripada rakan dan saudara-mara mengenai perkara itu.
Bukan itu sahaja, malah wanita ini turut mendengar pelbagai cerita kurang enak dan tohmahan negatif orang ramai mengenai anak terunanya itu.
Namun, dia langsung tidak terkesan dengan perkara berkenaan malahan mengakui lebih mengenali siapa diri pemuda berkenaan.
“Saya tidak terkesan dengan cerita orang terhadap anak saya, sebab saya kenal Iqbal macam mana.
“Soal jodoh adalah ketentuan Allah, yang penting menjaga amanah yang diberi Datuk Seri Vida. Saya tahu Iqbal anak yang baik, jika ada jodoh antara mereka adalah,” katanya memetik BH Online.
Haaa… Big boss pun dah bagi greenlight tu. So, tunggu apa lagi? Bak kata orang, benda baik elok dipercepatkan! – MYNEWSHUB.CC/AM