• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ibu Kanak-Kanak Dirantai Perlu Jalani Kaunseling

oleh Ahmad Albab
09/10/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ibu kepada kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang dirantai pada sebuah tong gas Khamis lepas perlu bertemu kaunselor Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk berkongsi masalah yang dihadapi, kata Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia Pahang Datuk Shahaniza Shamsuddin.

Beliau berkata perbincangan dengan kaunselor penting bagi memastikan apa juga masalah yang dihadapi dapat diselesaikan dengan baik.

“Dia boleh bertemu dengan kaunselor JKM untuk bercerita dan berkongsi apa masalah sebenar,” katanya kepada Bernama selepas mengadakan pertemuan dengan barisan pegawai kanan Bernama di Wisma Bernama, di sini hari ini.

Mangsa, yang merupakan anak ketiga daripada lima beradik, ditemukan dalam keadaan lehernya diikat pada tong gas menggunakan rantai dan kunci mangga selepas polis memecah masuk sebuah rumah di Indera Mahkota 1, Kuantan pada Jumaat.

Mangsa yang kini masih dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan dikatakan diperlakukan begitu oleh bapa tirinya yang merupakan seorang anggota tentera kerana pulang lewat.

Media turut melaporkan, ibu kanak-kanak itu berada dalam ketakutan kerana dikecam anggota masyarakat akibat kes berkenaan sehingga enggan keluar dari rumahnya selepas dibebaskan daripada tahanan reman.

Bagi meredakan isu itu, Shahaniza turut meminta anggota masyarakat supaya tidak mengganggu keluarga berkenaan dan menyerahkan kepada pihak polis untuk meneruskan siasatan.

“Ini kerana kita tidak tahu apa yang berlaku sebenarnya. Walaupun betul kita jumpa anak itu dirantai lehernya, tetapi biarlah mahkamah yang menentukannya nanti.

“Mungkin ibu ini dia nak keluar rumah jenguk anak-anak. Kalau kita pandang serong, kita mengecam mungkin akan mencetuskan masalah lain nanti,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Shahaniza berkata lawatannya ke Bernama hari ini antara lain untuk berbincang kerjasama yang boleh dilaksanakan antara kerajaan negeri dan agensi berita itu.

“Kita berbincang serba sedikit tentang kerjasama yang boleh kita laksanakan untuk ‘highlight’ apa-apa aktiviti yang berkaitan supaya masyarakat dapat mengetahui lebih banyak agenda atau aktiviti kerajaan yang lebih tepat dan pantas,” katanya. – BERNAMA

Tags: JKMkaunseling
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Berkostum Spiderman Bukan Bapa Saudara Kanak-kanak Dibawa Mengemis – JKM Melaka

Lelaki Berkostum Spiderman Bukan Bapa Saudara Kanak-kanak Dibawa Mengemis – JKM Melaka

11/02/2026
0

MELAKA: Lelaki yang mendakwa kanak-kanak perempuan dibawanya untuk mengemis dengan memakai kostum Spiderman sebagai anak saudara adalah tidak benar selepas...

Cabul Budak Di Masjid: JKM Sahkan Suspek Ada Kad OKU Sejak Kecil

Cabul Budak Di Masjid: JKM Sahkan Suspek Ada Kad OKU Sejak Kecil

22/02/2025
0

HULU SELANGOR: Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul seorang kanak-kanak perempuan ketika mangsa sedang menunaikan solat subuh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd