• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ibu Dedah Asal Usul Beri Nama Neelofa

oleh
03/10/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NAMA Neelofa, memang unik. Rasanya jarang orang Melayu yang diberikan nama sebegitu. Sesetengah pihak menyifatkan Neelofa sebagai ‘beauty with brains’ iaitu cantik dengan bijak.

Bagaimanapun ibu beliau, Datin Noor Kartini Noor Mohamed tampil mendedahkan asal usul sebenar nama anaknya itu yang kini dikenali sebagai pelakon dan pengacara cantik dalam satu wawancara khas bersama Astro Gempak.

Beliau berkata, Neelofa atau nama penuhnya Noor Neelofa Mohd. Noor sebenarnya diambil daripada nama seorang gadis kacukan Pakistan yang ditemuinya ketika di sebuah pasar raya di Kota Bahru, Kelantan sekitar 29 tahun lalu.

“Ketika itu saya sedang mengandungkan Neelofa, saya ke Hankyu Jaya (sebuah pusat beli-belah) bersama-sama dengan kakak saya untuk menemaninya bagi membeli produk kosmetik antarabangsa Lancome.

“Masih saya ingat gadis itu memiliki paras rupa yang sangat cantik, menyarung jubah hitam, ‘sneakers‘ (kasut getah) dan tudung bawal putih. Dia menyapa saya, katanya dia kenalan kepada saudara saya. Neelofa namanya!

“Dari situlah saya terkenan dan saya nekad untuk menamakan bayi yang saya sedang kandung ketika itu dengan nama Neelofa. Jadi, nama Neelofa dan Lancome sendiri seperti ada jodoh yang kuat,” kata beliau lagi.

Noor Kartini, 51, ditemui oleh portal berkenaan secara eksklusif selepas majlis pelantikan secara rasmi Neelofa, 28, sebagai duta berhijab pertama produk Lancome Malaysia di Shah Alam, Selangor pada Khamis minggu lalu.

Bagaimanapun ujar wanita kacukan Arab-Pakistan dan kelahiran Pasir Mas, Kelantan berkenaan, itu juga sebenarnya merupakan pertemuan kali pertama dan yang terakhir dengan gadis cantik bernama Neelofa tersebut.

“Difahamkan dia sudah berpindah ke luar negara kerana ikut suaminya,” tambah Noor yang turut mengasaskan syarikat Kartini BellaVita Health Care International Sdn Bhd bergandingan dengan anaknya, Nabila dan Neelofa.

Secara kebetulan Neelofa bukan setakat cipta sejarah selaku rakyat Malaysia pertama dilantik jadi duta Lancome, bahkan selebriti itu catat rekod duta berhijab pertama syarikat kosmetik antarabangsa itu. – Mynewshub.cc/HAA

Tags: Neelofa
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

UMNO Kedah Teliti Nama Calon Wanita Untuk PRU14

Next Post

Mohon Peruntukan Gerak Pusat Konservasi Penyu

Related Posts

Neelofa, PU Riz Timang Anak Lelaki

31/01/2022
0

KUALA LUMPUR : Pelakon dan pendakwah bebas, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz berkongsi khabar berita apabila isterinya, Neelofa...

Kes Neelofa, Suami Ditangguh Lagi

12/08/2021
0

SEREMBAN - Sebutan semula kes membabitkan selebriti Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail yang didakwa melanggar...

Next Post

Mohon Peruntukan Gerak Pusat Konservasi Penyu

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd