• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ibu Bapa Terlibat Kes Dera Diwajibkan Hadir Kaunseling

oleh Ahmad Albab
08/10/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ibu bapa yang terlibat dengan kes penderaan kanak-kanak mungkin diwajibkan menjalani sesi kaunseling dan kursus keibubapaan selepas mereka menjalani hukuman mahkamah sekiranya disabit kesalahan.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata langkah itu bertujuan memastikan kes penderaan kanak-kanak tidak berulang dan menjadi pengajaran kepada ibu bapa.

“Kes-kes sebegini menguatkan tekad saya untuk turun padang mengadakan ceramah dan saya nak mewajibkan kursus kepada ibu bapa.

“Dalam perkara seperti ini, apabila disabitkan akan dikenakan hukuman yang biasa, hukum dan denda… selepas itu mereka perlu mengikuti kursus keibubapaan dan kaunseling,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Larian Amal Pink Wig-A-Thon 2017 anjuran Pink Ribbon Wellness Foundation di Taman Botani Perdana, di sini hari ini.

Rohani merujuk kepada kes penderaan seorang kanak-kanak berusia 10 tahun yang dirantai pada tong gas di sebuah rumah di Bandar Indera Mahkota, Kuantan yang dilaporkan media baru-baru ini.

Susulan kes itu, seorang anggota tentera berusia 32 tahun dan isterinya berusia 37 tahun yang merupakan ibu kandung mangsa, ditahan reman selama enam hari bermula 6 Oktober.

Sementara itu, Rohani berkata kanser payu dara masih menjadi pembunuh nombor satu dalam kalangan wanita.

“Jadi program larian amal ini bertujuan memberi kesedaran mengenai penyakit itu dan kepentingan membuat saringan awal bersempena Oktober sebagai bulan kesedaran kanser payu dara,” katanya.

Program dwitahunan kali kedua itu disertai kira-kira 2,500 orang yang memakai rambut palsu berwarna merah jambu sebagai tanda sokongan terhadap penghidap kanser payu dara. – BERNAMA

Tags: ibu-bapakaunseling
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bantuan RM3,000, Kaunseling Untuk Keluarga Mangsa Nahas Helikopter

Bantuan RM3,000, Kaunseling Untuk Keluarga Mangsa Nahas Helikopter

25/04/2024
0

PUTRAJAYA - Bantuan sejumlah RM3,000 disalurkan kepada waris mangsa tragedi helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas di Pangkalan...

Anak Jadi ‘Burung Hantu’ Sepanjang PKP

04/05/2020
0

KUALA LUMPUR - Kedua-dua anak Mary seolah-olah jadi seperti 'burung hantu' dalam tempoh lebih 50 hari kebelakangan ini dengan berjaga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd