• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hoki Wanita Kedudukan Ke-3 Peringkat Kumpulan

oleh AK-47
31/10/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pasukan hoki wanita kebangsaan menamatkan perlawanan terakhir kumpulan A Kejohanan Piala Asia 2017 di tempat ketiga selepas tewas 0-2 kepada India sebentar tadi di Stadium Kawasaki Green di Kakamigahara, Jepun, hari ini.

Turun dengan misi mencari kemenangan bertemu India, pasukan negara bermula dengan baik apabila berhasil mengikat pasukan ranking keenam dunia itu seri tanpa jaringan pada suku pertama dan kedua perlawanan.

Namun pada 10 minit terakhir suku ketiga perlawanan, India memperoleh gol pertama menerusi gol padang hasil jaringan Vandana Katariya pada minit ke-54 sebelum Gurjit Kaur menyempurnakan pukulan sudut penalti seminit kemudian untuk gol kedua.

Ketua Jurulatih, Muhammad Dharma Raj Abdullah tetap memberikan pujian kepada pasukan negara yang telah menunjukkan prestasi yang lebih mantap berbanding tahun sebelumnya.

“Kita main cukup bagus ….prestasi mereka adalah yang terbaik sejak 2016. Kita dapat lima pukulan sudut penalti berbanding India hanya tiga. Banyak peluang dan cubaan untuk jaringkan gol namun tidak memihak kepada pasukan negara,” katanya kepada media menerusi aplikasi WhatsApp hari ini.

India muncul juara kumpulan A diikuti China selaku naib juara dan Singapura ditempat keempat.

Kumpulan B menyaksikan Korea Selatan muncul juara dan Jepun, naib juara manakala Thailand dan Kazakhstan masing-masing di kedudukan ketiga dan keempat.

Menanti Malaysian Tigress selepas ini adalah pasukan Jepun di suku akhir pada Khamis ini. – BERNAMA

Tags: hoki
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Ucap Tahniah Kepada Skuad Hoki Negara, Ada Ruang Perkemas Permainan 

PM Anwar Ucap Tahniah Kepada Skuad Hoki Negara, Ada Ruang Perkemas Permainan 

08/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada skuad hoki negara atas kejayaan melayakkan...

Skuad Projek Perkemas Aspek Pertahanan

23/11/2021
0

SKUAD projek khas lelaki negara akan memberikan tumpuan penuh terhadap aspek bertahan dalam situasi pukulan sudut penalti menjelang aksi pembukaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd