• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Himpunan Pembangkang Gagal, Rakyat Makin Faham

oleh Ahmad Albab
15/10/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JELI – Kegagalan pembangkang menarik ramai penyertaan dalam Perhimpunan ‘Sayang Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi’ di Petaling Jaya, Selangor semalam jelas membuktikan rakyat semakin faham dengan penerangan dilakukan kerajaan dalam menangkis pelbagai tohmahan.

Anggota Majlis Tertinggi UMNO dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata ia sekali gus menunjukkan rakyat mula menolak sebarang agenda dibawa pembangkang kerana jelas isu yang dimainkan mereka adalah tidak berasas.

“Malah himpunan tersebut turut tidak mendapat sambutan daripada kalangan penyokong mereka sendiri,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Penyelarasan Program Pembangunan Orang Asli Sungai Rual di Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Rual di sini, hari ini.

Semalam, perhimpunan ‘Sayang Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi’ anjuran Pakatan Harapan di Padang Timur ternyata gagal mencapai matlamat penganjurannya apabila jauh daripada mencapai sasaran 100,000 peserta.

Mustapa, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata Barisan Nasional (BN) juga telah menjangkakan program yang dilakukan pembangkang tidak akan mendapat sambutan daripada rakyat ketika ini.

Justeru, beliau berkata BN akan terus melaksanakan pelbagai program penerangan terhadap pelbagai isu berbangkit bagi menangkis serangan yang dilakukan pembangkang terhadap kerajaan.

“Kami bertemu rakyat dan berdialog dengan mereka untuk memberikan penerangan berkaitan perkara-perkara yang dibangkitkan pembangkang terutama terhadap kerajaan,” katanya.

Sementara itu di PADANG TERAP, seorang lagi Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata kegagalan sasaran kehadiran peserta itu membuktikan rakyat sudah muak dengan semua propaganda yang ‘dihidangkan’ oleh pihak pembangkang.

“Rakyat sudah muak dengan segala bentuk caci mencaci dalam ucapan mereka yang tidak mempamerkan budaya sopan-santun dan menjaga adat ketimuran yang ada di negara ini.

“Pemimpin-pemimpin pembangkang juga memainkan isu-isu lama,” kata Mahdzir yang juga Menteri Pendidikan kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Santai Veteran UMNO Bahagian Padang Terap. – BERNAMA

Tags: himpunan kleptokrasi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bendera PKR Tidak Kelihatan Di ‘Bumi’ Sendiri?

17/10/2017
0

ADAKAH Pakatan Harapan sebenarnya sedang teruk bergolak? Inilah dapat disimpul hasil tinjauan perhimpunan haram blok pembangkang itu di Padang Timur, Petaling...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd