• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hanya Satu Daripada 63 Premis Di NS Milik Sijil CCC

oleh AK-47
06/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Hanya satu daripada 63 premis tahfiz, sekolah agama kerajaan dan swasta serta sekolah pondok di Negeri Sembilan mempunyai sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC), menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, hari ini.

Dalam pemeriksaan keselamatan dijalankan oleh jabatan itu selama dua minggu, bermula 25 Sept lepas, hanya tiga premis mempunyai pelan seni bina dan kejuruteraan bangunan namun belum lagi memperoleh sijil CCC.

Pengarahnya, Norazam Khamis berkata pihaknya telah mengeluarkan 60 notis Penghapusan Bahaya Kebakaran terhadap premis trersebut supaya mereka dapat menyelenggara atau mengadakan sistem keselamatan kebakaran.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan sesi taklimat keselamatan kebakaran kepada 46 pengusaha sekolah tahfiz, sekolah agama kerajaan dan swasta serta sekolah pondok di sini.

Pemeriksaan itu dijalankan susulan tragedi menyayat hati yang meragut nyawa 21 pelajar tahfiz dan dua guru dalam kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Kuala Lumpur, 14 Sept lepas.

Mengulas lanjut, Norazam berkata, semakan terhadap rekod premis yang diperiksa tersebut juga mendapati hanya 25 premis sahaja berdaftar dengan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) dan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan.

Sementara itu, sebagai usaha bagi mengurangkan risiko kemalangan jiwa di pusat-pusat tahfiz, beliau berkata JBPM akan mewujudkan Skuad Bomba Tahfiz, yang dijangka akan dilancarkan secara serentak di seluruh negeri pada hujung bulan ini atau awal bulan depan.

“Kita akan menyusun jadual bagi balai-balai berhampiran memberi tunjuk ajar kepada mereka berkaitan penggunaan alat pemadam api dan mengajar mereka cara-cara untuk menyelamatkan diri dengan betul sekiranya berlakunya kebakaran,” katanya.

Pada 6 Mei lepas, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melancarkan Skuad Bomba Pondok (zon utara) yang antara lain berperanan sebagai ejen kecil menyampaikan mesej dan maklumat berhubung aspek pencegahan dan keselamatan kebakaran kepada komuniti sekolah pondok. – BERNAMA

Tags: Isu Tahfizk Sijil CCC
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Johor Siasat Pusat Tahfiz Tidak Berdaftar

13/09/2018
0

JOHOR BAHRU - Kerajaan negeri akan melaksanakan siasatan dan membuat penyelarasan terhadap pusat-pusat tahfiz di Johor bagi memastikan kesemuanya beroperasi...

Status Unit Tahfiz Al-Barakah Diketahui Ogos Ini

23/07/2018
0

IPOH - Keputusan sama ada operasi Unit Tahfiz al-Quran Al Barakah di Pusat Pendidikan Al Barakah di Manjoi di sini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd