• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Habis Drama Cinta, Michael Terbit Telefilem Khunsa

oleh
08/10/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BELUM lagi reda mengenai isu scene ‘bercium’, kini pengarah popular, Michael Ang bakal menghasilkan satu lagi karya yang agak luar biasa.

Kini, Micheal dikatakan bakal menghasilkan sebuah telefilem yang mengangkat golongan khunsa. Khunsa ya. Bukan yang transgender okay!

“Selepas saya selesai dengan drama bersiri Coffee Prince, saya bakal menghasilkan telefilem berkisarkan tetang khunsa. Telefilem itu juga bakal menggunakan judul sama.

“Tujuan saya menghasilkan telefilem ini bukanlah untuk menjadikannya sebagai bahan sensasi, mengangkat atau mengagungkan mereka,” jelas Michael ketika ditemui pihak Astro Gempak.

Bagi pengarah drama fenomena, Suri Hati Mr. Pilot ini, tujuan utamanya dalam menghasilkan telefilem seperti itu adalah kerana topik khunsa itu sendiri merupakan satu perkara yang enggan dibincangkan secara umum.

Perkara itu juga dianggap seperti janggal bagi masyarakat Malaysia. Mungkin bagi Michael, dia mahu membuka mata masyarakat dan memberi pendedahan kepada umum mengenai golongan khunsa itu sendiri.

“Saya mahu orang awam mendapat pencerahan yang sebenar mengenai apa itu khunsa dan apa yang mereka lalui dalam kehidupan,” katanya.

Tambah Micheal, dia sudah lama tidak menghasilkan karya yang bertemakan serius dan berat. Yelah, sebelum ni banyak sangat dia hasilkan drama cinta.

“Saya sudah lama tidak muncul dengan karya serius seperti Kulit, dan Racun Menantu. Saya sering memenuhi kehendak pasaran yang mahukan karya bertemakan komedi romantik.

“Dan kini, biarlah saya kembali ke genre berat pula. Telefilem Khunsa bersifat kemanusiaan dan saya berharap agar peminat jangan menghukum, menghakimi serta mengutuk terlebih dahulu.

“Nantikan hasilnya,” kata pengarah drama bersiri Hero Seorang Cinderella. Betul juga kata Michael tu. Saksikan dahulu bagaimana jalan cerita telefilem itu dan barulah anda sebagai penonton dapat menilai hasilnya.

Namun sekarang ni pengarah popular itu masih lagi berahsia mengenai barisan pelakon yang bakal menyerikan telefilem baharunya itu.

Mungkin lepas habis shooting drama Coffee Prince ni, Michael akan pecah rahsia ke kan. – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah

Tags: Michael Angtelefilem
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Demi Tuhan Aku Bersaksi Tunggu Tarikh Tayangan

18/12/2019
0

KUALA LUMPUR - Syarikat produksi, Prokuya Studios yang menerbitkan telefilem, Demi Tuhan Aku Bersaksi masih menanti tarikh tayangan drama yang...

Michael Ang Tak Sabar Tunai Solat Jumaat Kali Pertama

01/05/2019
0

KUALA LUMPUR - Kesempatan untuk menunaikan solat Jumaat buat pertama kali di masjid pada Jumaat ini merupakan perkara utama yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd