• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guna Robot Kesan Pemandu Langgar Peraturan

oleh AK-47
24/10/2017
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEIJING – Polis trafik Beijing pada Isnin mula menggunakan bantuan robot dalam mengendalikan kesalahan membabitkan parkir kereta dan memandu kenderaan di lorong kecemasan, lapor agensi berita China Xinhua.

Menurut pihak berkuasa tempatan, robot bersaiz bagasi seberat 20 kilogram itu, diuji di lebuh raya lapangan terbang di bandar berkenaan.

Berbekalkan bateri yang dicas penuh, robot itu mampu bergerak antara lima hingga lapan jam, kata seorang jurucakap bahagian sains dan teknologi cawangan polis trafik Beijing.

Robot berkenaan, berupaya merakam imej dan video pemandu yang parkir kenderaan di tempat dilarang serta kereta yang dipandu di lorong kecemasan, rakaman kemudian dihantar kepada pihak polis.

Selain itu, robot tersebut boleh menghantar amaran suara kepada pengguna lebuh raya sekiranya berlaku kesesakan jalan raya, kemalangan, penyelenggaraan dan cuaca buruk.

Polis trafik Beijing, dijangka menggunakan lebih banyak robot di lebuh raya lain di bandar berkenaan, sebagai usaha mengurangkan kesalahan selain bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya. – BERNAMA

Tags: robot
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Robot Catur Patahkan Jari Budak 7 Tahun

Robot Catur Patahkan Jari Budak 7 Tahun

26/07/2022
0

MOSCOW – Sebuah robot pemain catur mematahkan jari lawannya iaitu seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun dalam satu kejohanan di Moscow,...

10 Buah Robot Lakukan Kerja Sanitasi Di Makkah

08/06/2021
0

SEBANYAK 10 buah robot kini digunakan bagi kerja-kerja sanitasi di Masjidil Haram, Makkah. Mereka dilengkapi dengan program khas bagi menganalisis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd