• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Gosip Pertama Yang Kelakar”- ‘Isteri’ AR Badul

oleh
29/10/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MACAM-MACAM ragam kita boleh tengok dalam industri hiburan tanah air sekarang ni. Benda kecil pun boleh diperbesar dan dipanjang-panjangkan.

Baru-baru ini, gambar AR Badul yang lengkap berpakaian pengantin berwarna putih bersama-sama seorang gadis cantik pula menjadi ‘modal’ untuk tular di media sosial.

Baca: Betul Ke AR Badul Sudah Kahwin Lagi Satu?

Juga:  AR Badul Nafi Berkahwin Satu Lagi

Badul atau nama sebenarnya Armaya Aman Ramlie telah menafikan perkahwinannya bersama dengan gadis tersebut, kini giliran si ‘isteri’ pula memberi penjelasan.

Siti Zaidatul Isna Mohd Rauf atau dikenali sebagai Isna, merupakan seorang pendatang baru dalam industri hiburan selepas dia menjalani uji bakat pencarian pelakon tak lama dulu.

Dia agak terkejut apabila berita palsu itu tular sehingga membuatkan dia menerima banyak pertanyaan daripada rakan-rakan dan juga ahli keluarganya sendiiri.

“Saya terkejut dan gelak sahajalah apabila keluar foto dan berita tentang AR Badul berkahwin lagi dan wanita dalam gambar itu adalah saya.

“Ramai kawan dan saudara yang tidak tahu saya sudah mula berlakon bertanyakan hal ini. Mujur ibu dan bapa saya tahu saya sedang menjalani penggambaran dengan pelawak terbabit,” ujarnya dipetik daripada mStar Online.

Sebenarnya, gambar itu telah diambl ketika Isna dan Badul digandingkan bersama-sama di dalam sebuah drama sebagai pasangan suami isteri.

Sengaja mahu bergurau, Badul kemudiannya menghantar gambar itu ke dalam grup WhatsApp namun ianya telah disalah ertikan oleh sesetengah ahli group chat berkenaan.

Bagi gadis berusia 26 tahun itu, dia menganggap apa yang terjadi ini sebagai salah faham antara banyak pihak apabila pelawak berusia 67 tahun itu menghantar gambar tersebut ke dalam kumpulan WhatsApp Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) dengan niat untuk bergurau.

“Ini gosip pertama saya, rasa kelakar juga bila baca di blog-blog yang mengecam dan ada juga yang percaya dan mengucap tahniah,” tambahnya lagi.

Menurutnya lagi, drama Tuyul Ke London itu merupakan lakonan keduanya selepas filem This Is Pilah yang dikatakan bakal ditayangkan pada akhir tahun ini.

Walau pun hanya bergurau, masih ramai yang ingat bahawa gambar yang tersebar itu ialah berita yang sahih. Lain kali siasat lah dulu okay? Nasib baik hubungan Badul dan isteri masih baik. Kalau tak, korang lah yang kena ajwab nanti. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: AR Badulkahwinkhabar angin
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Datuk Bandar Berkahwin Dengan Buaya Betina

Datuk Bandar Berkahwin Dengan Buaya Betina

02/07/2023
0

BANDAR RAYA MEXICO, Mexico – Seorang datuk bandar di Mexico berkahwin dengan seekor reptilia betina dalam satu upacara tradisional untuk...

Salah Saya? Sudah Berbulan Nikah Kan?- Puteri Sarah

Salah Saya? Sudah Berbulan Nikah Kan?- Puteri Sarah

06/01/2023
0

PETALING JAYA: Melayangkan ucapan tahniah kepada suaminya, Syamsul Yusof yang membuat pengakuan sudah bernikah dengan Ira Kazar, hari ini, Puteri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd