• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gandingan Jellson-Hanis Nazirul Tunjuk Keserasian

oleh Ahmad Albab
29/10/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Gandingan penerjun muda negara, Jellson Jabilin dan Hanis Nazirul Jaya Surya terus menunjukkan keserasian apabila cemerlang dengan meraih pingat perak pada penyertaan pertama dalam siri Kejohanan Terjun Grand Prix (GP) di Pusat Akuatik Nasional, hari ini.

Dalam saingan acara 10 meter platform seirama lelaki, penerjun masing-masing berusia 16 tahun itu telah mengumpul 364.26 mata di belakang Olimpian Korea Selatan, Woo Haram dan Kim Yeongnam yang merekodkan 432.60 mata untuk meraih pingat emas.

“Bagi penyertaan buat kali pertama, saya rasa memang puas hati lebih-lebih lagi kami berdepan dengan penerjun bertaraf dunia. Tidak dinafikan selain lawan dari Korea Selatan, penerjun lain juga turut memberi saingan kepada kami. Jika dilihat pada mata terkumpul, beza keseluruhan tidak banyak.

“Tidak dinafikan juga kami selesa beraksi di laman sendiri, sudah biasa berlatih di sini dan ini memberi kelebihan kepada kami,” kata Hanis Nazirul yang mengakui tidak berpuas hati dengan terjunan kelima dan keenamnya.

Pingat gangsa acara itu diraih oleh penerjun Belarus, Barouski Artsiom dan Kaptur Vadim yang mencatatkan 353.43 mata.

Gandingan penerjun muda negara itu turut menghadiahkan emas dalam acara sama paxda Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur, Ogos lepas. – BERNAMA

Tags: Atlet Terjun
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jurulatih China Bebas Sekali Lagi Tuduhan Rogol Atlet

21/02/2020
0

KUALA LUMPUR - Bekas jurulatih pasukan terjun kebangsaan Huang Qiang, sekali lagi dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini,...

Jangan Ungkit Lagi Isu Penerjun – Azim

22/06/2018
0

KUALA LUMPUR - Ketua Kontinjen negara ke Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 yang dijadualkan bermula 18 Ogos hingga 2 Sept ini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd