• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gadis ‘Kuih Bulan’ Luas Empayar Perniagaan

oleh Ahmad Albab
15/10/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEMAMAN – Hanya lapan bulan selepas perniagaan kuih bakulnya menjadi tular di laman sosial, gadis kelainan upaya (OKU) ini kini terus melebarkan empayar syarikatnya.

Terbaharu Haziqah Nurul Huda Harun, 20, atau lebih mesra dengan panggilan Yaya, memulakan operasi di sebuah kilang baharu pada bulan lalu.

Beliau melabur sebanyak RM150,000 dengan menggunakan wang simpanan hasil perniagaan selama ini untuk kos operasi kilang yang terletak di Bukit Kuang di sini.

“Alhamdulillah, apabila beroperasi daripada kilang, pengeluaran kuih bakul dan kuih bulan Yaya lebih tersusun dan berjaya menghasilkan kuantiti lebih banyak berbanding ketika Yaya masih beroperasi di rumah dahulu.

“Fokus ketika ini ialah Yaya mahu mendapatkan sijil pengesahan Makanan Selamat Tanggungjawab Industi (MeSTI) daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Walaupun kuih bakul dan kuih bulan keluaran syarikat Yaya ini memang menggunakan bahan halal, Yaya tetap mahu mendapatkan sijil pengesahan Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

“Ini juga untuk lebih mudah menembusi pasaran halal dunia,” kata gadis lumpuh yang bergerak menggunakan kerusi roda ini kepada Bernama hari ini.

Ketika ini, Yaya memfokuskan pengeluaran kuih bulan berikutan permintaan memberangsangkan dari dalam dan luar negara apabila purata pengeluarannya antara 40,000 hingga 60,000 kuih sebulan.

Anak keempat daripada lima beradik ini berkata beliau turut meningkatkan ilmu pemasaran dengan mendaftar sebagai pelajar di sebuah akademi pengiklanan laman sosial Facebook dan mendaftar kelas bimbingan seorang mentor usahawan terkenal.

“Selepas balik daripada kelas, jualan memang melonjak naik hampir lima kali ganda dan Yaya akan terus meningkatkan kemahiran ini untuk mencapai cita-cita Yaya menjadi usahawan muslimah yang disegani.

“Alhamdulillah, daripada hanya tiga pekerja, kini Yaya sudah mempunyai lapan pekerja yang dapat melancarkan lagi proses pembuatan dan pembungkusan kuih ini,” katanya.

Kecekalan Yaya mengharungi 1001 cabaran dan ujian dunia perniagaan turut mendapat perhatian pelbagai pihak yang kagum dengan dirinya.

Yaya sering dijemput oleh pelbagai institut pendidikan seperti Institut Kemahiran Belia Negara, Universiti Malaysia Pahang, Universiti Teknologi Mara Seremban, dan Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur untuk perkongsian pengalaman dan kisah kejayaan.

Enggan mendabik dada, tegas Yaya beliau hanya memberikan alternatif kepada umat Islam untuk menikmati kuih tradisional masyarakat Cina itu yang dihasilkan syarikat milik orang Islam.

“Selain itu, jihad ekonomi kecil Yaya ini juga dapat memberi peluang pekerjaan kepada remaja setempat. Yaya juga mahu memperkemaskan lagi sistem pengedaran kuih bakul dan kuih bulan ini menggunakan sistem ejen tidak lama lagi.

“Ketika ini peguam masih dalam proses merangka terma, syarat dan perundangan untuk manfaat syarikat dan ejen yang akan bersama kami nanti,” katanya. – BERNAMA

Tags: Haziqah Nurul Huda Harunkuih bakul
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kuih Bakul Halal Hasil Tangan Mualaf

11/02/2021
0

KOTA KINABALU - Setiap kali musim perayaan Tahun Baharu Cina, sudah pasti kuih bakul atau 'Nian Gao' akan menjadi makanan...

Rezeki Gadis OKU Jual Kuih Bakul Mula Bertambah

29/01/2017
0

KEMAMAN - Sejak berita kegigihan seorang gadis orang kelainan upaya (OKU) jual kuih bakul bagi menyara hidupnya tersebar luas, dia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd