• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Felda Bakal Wujud Sekolah Amanah Anak Peneroka

oleh AK-47
19/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TANJUNG MALIM – Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) akan mengadakan kerjasama dengan Khaza­nah Nasional Berhad (Khazanah) untuk mewujudkan Sekolah Amanah khusus untuk anak-anak peneroka di negara ini.

Pengerusinya Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata sekolah berkenaan diwujudkan sebagai usaha memantapkan lagi sistem pendidikan masyarakat luar bandar terutama dalam kalangan anak peneroka Felda.

“Saya ada mengadakan perbincangan dengan pihak Khazanah supaya mereka mengembangkan konsep Sekolah Amanah di bawah Yayasan Amir agar dapat dibawa ke sekolah rendah dan menengah di tanah rancangan Felda.

“Kita tahu konsep Sekolah Amanah mampu meningkatkan kualiti pendidikan dalam kalangan pelajar dan hasilnya agak memuaskan kerana ia dilaksanakan di Sarawak, Johor dan Kuala Lumpur,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Graduasi Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Felda Kampus Tun Abdul Razak kali ke-8 di sini hari ini.

Shahrir berkata penubuhan Sekolah Amanah selaras dengan visi dan matlamat Felda yang mengutamakan pendidikan dengan mempertingkatkan pencapaian akademik anak-anak peneroka.

“Felda melihat bidang pendidikan merupakan satu aset yang boleh dikembangkan menerusi pencapaian anak-anak peneroka demi kemajuan masyarakat Felda secara keseluruhannya,” katanya.

Khazanah melalui Yayasan Amir mewujudkan Sekolah Amanah yang dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan dan beberapa buah Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) bagi meningkatkan kualiti pendidikan menerusi penambahbaikan bagi membangunkan potensi pelajar.

Sekolah Amanah mula diperkenalkan pada tahun 2011 dan setakat ini terdapat 40 sekolah berkenaan beroperasi di Johor, Sarawak, Selangor serta Kuala Lumpur.

Majlis Graduasi MRSM Felda merupakan program tahunan yang bukan sahaja memberi pengiktirafan terhadap pencapaian akademik semata-mata tetapi dinilai daripada aspek sahsiah dan kokurikulum pelajar berkenaan.

Sejumlah 218 pelajar tingkatan lima MRSM Kampus Tun Abdul Razak yang berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam pelbagai subjek diraikan pada majlis itu.

Selain itu, Anugerah Khas turut diberikan kepada 11 pelajar yang memperoleh kejayaan cemerlang dalam pelbagai subjek antaranya Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Fizik dan Kimia. – BERNAMA

Tags: Tan Sri Shahrir Abdul Samad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Shahrir Pertahan Zahid, Bidas Pemimpin Desak Presiden Umno Letak Jawatan

16/12/2018
0

JOHOR BAHRU - Pemimpin UMNO Tan Sri Shahrir Samad hari ini membidas tindakan beberapa bekas pemimpin kanan parti itu yang...

Siasatan Akaun UMNO Mengikut Akta AMLA Tidak Wajar

30/06/2018
0

JOHOR BAHRU – Tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberukan akaun UMNO untuk disiasat di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd