Saturday, July 27, 2024

Creating liberating content

Polis Panggil Wanita Acu...

SUSULAN kes pergaduhan dua jiran sehingga melibatkan senjata tajam yang video kejadian tersebut...

Dua Selamat Lori Kontena,...

TANGKAK : Dua terselamat apabila sebuah lori kontena terbakar dirempuh sebuah kereta di...

Penaja Biasiswa Ugut Pelajar...

KESAL... Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa membidas tindakan penaja biasiswa yang...

Tauke (Jambu) Padam Gambar...

PETALING JAYA - Pelawak Tauke (Jambu) berkata, dia terpaksa memadamkan gambarnya bersama kereta...

Esscom Hantar Kertas Cadangan Sea Checkpoint

LAHAD DATU – Kertas cadangan mengenai pewujudan pusat pemeriksaan di laut di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) telah dihantar kepada Pejabat Peguam Negara untuk semakan, kata Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), DCP Datuk Hazani Ghazali.

Beliau berkata perkara itu jika tidak mempunyai halangan akan di bawa ke persidangan Parlimen untuk diluluskan sebelum digazetkan.

“Kita akan laksanakan sea check point ini dengan teratur seperti yang sudah dirancang dengan Majlis Keselamatan Negara, agensi kerajaan pusat dan negeri,” katanya kepada pemberita.

Beliau menyempurnakan program Semarak Rakyat Bersama Esscom yang bertemakan Sabah Tanah Airku, di sini hari ini.

Pusat itu dicadangkan bagi meningkatkan keselamatan termasuk jenayah merentasi sempadan.

Hazani berkata pada dasarnya cadangan itu di sambut baik dan dipersetujui timbalan perdana menteri dan pemimpin tinggi pasukan keselamatan negara.


Dalam perkembangan lain, beliau berkata tangkapan yag dilakukan ke atas anggota Abu Sayyaf di Kuala Lumpur dan Sabah bulan lalu tidak memberi impak negatif kepada keselamatan di Esszone.

Menurutnya suspek yang ditahan itu menyusup masuk ke Sabah lebih awal sebelum kejadian serangan di Marawi, Filipina Selatan.

“Mereka memiliki kad pengenalan diri palsu dan menyusup keluar ke Semenanjung Malaysia dan mendapatkan pekerjaan di sana,” katanya. – BERNAMA

Kategori