• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ermieyati Harap Wakil Puteri Dikekal Dalam PRU-14

oleh AK-47
02/10/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Puteri UMNO berharap semua wakil rakyatnya yang sedia ada akan dikekalkan oleh pucuk pimpinan parti untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-14.

Ketuanya Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata ini kerana kesemua mereka telah memberi khidmat dan komitmen terbaik.

“Kita juga ada senarai calon… ada muka baharu dan muka lama. Saya akan kemukakan kepada Presiden parti (Datuk Seri Najib Tun Razak) apabila tiba masanya,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Urutan Malaysia, di sini hari ini.

Katanya sayap itu berharap UMNO akan meletakkan lebih ramai calon wanita pada pilihan raya umum akan datang.

“Bila saya bincang dengan Perdana Menteri (Najib) … beliau pun cakap akan beri peluang lebih banyak kepada calon wanita dan orang muda,” katanya.

Sementara itu, Mas Ermieyati berkata bermula minggu depan beliau akan ke setiap negeri untuk berjumpa dengan kepimpinan Puteri serta pengerusi badan perhubungan UMNO negeri.

“Kita juga akan menggembleng tenaga setiap (parti) komponen (Barisan Nasional) dan sayap UMNO bagi menguatkan lagi parti dan mendekati pengundi,” katanya.

Mengulas perkembangan lain, beliau berkata Puteri UMNO telah mengadakan bengkel prabajet bagi mendapatkan maklum balas akan keperluan wanita muda dan hasilnya telah disampaikan kepada perdana menteri.

Mngenai program hari ini, Mas Ermieyati yang juga Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan berkata Urutan Malaysia yang diketengahkan sebagai produk pelancongan baharu akan dikembangkan ke peringkat antarabangsa.

“Urutan Malaysia ini adalah gabungan teknik terbaik urutan tradisional kaum Melayu, India, Cina, Peranakan dan etnik pribumi Sabah dan Sarawak… kita harap Urutan Malaysia ini setanding dengan urutan Bali dan urutan Thailand,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Mas Ermieyati Samsudin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mas Ermieyati Umum Sertai Bersatu

13/12/2018
0

MELAKA - Anggota Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, yang juga bekas Ketua Pergerakan Puteri UMNO hari ini mengumumkan...

Kerajaan Disaran Tambah Bilangan Pakar Psikiatri

26/07/2018
0

KUALA LUMPUR - Seorang Anggota Parlimen Bebas mencadangkan agar kerajaan menambah bilangan pakar psikiatri dalam usaha menangani masalah kemurungan dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd