Thursday, December 7, 2023

Creating liberating content

Allahyarham Tokoh Islam Dihormati,...

IPOH - Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menzahirkan rasa dukacita atas pemergian...

Kes Omicron Di UK...

LONDON : Kes COVID-19 melibatkan varian Omicron di United Kingdom (UK) sudah mencecah...

3 Kapal Tentera Laut...

KUALA LUMPUR - Tiga buah kapal Angkatan Laut Tentera Nasional Indonesia (TNI) turut...

Rasuah: Pegawai Jabatan Veterinar...

KANGAR - Seorang pegawai kanan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Perlis direman empat hari bermula...

Drama Tebusan Hampir 5 Jam Berakhir

LONDON – Polis Britain menangkap seorang lelaki bersenjata dan membebaskan dua tebusan selepas ketegangan hampir lima jam di pusat boling.

Tangkapan di taman hiburan Bermuda Park di Nuneaton di tengah England, dibuat selepas polis mengosongkan kawasan itu apabila dimaklumkan mengenai kehadiran lelaki bersenjata berkenaan kira-kira jam 2.30 pagi waktu tempatan.

“Kami lega kerana berjaya menyelesaikan kejadian itu secara aman tanpa kecederaan.

“Saya ingin memberi jaminan kepada masyarakat Nuneaton kejadian ini tiada kaitan dengan aktiviti keganasan,” kata jurucakap Polis Warwickshire, Alex-Franklin Smith.

Sementara itu, Ketua Eksekutif MFA Bowl, Mehdi Afshar, berkata tebusan adalah kakitangannya dan lelaki bersenjata terbabit ditangkap selepas polis menyerbu bangunan itu.

Dua pekerja itu ditahan lelaki yang digambarkan Afshar sebagai ‘teman lelaki atau bekas suami seorang daripada staf’.


Perkhidmatan Ambulans West Midlands, berkata seorang suspek dirawat di lokasi kejadian dan dibawa ke hospital.

“Dua lagi lelaki diperiksa tetapi tidak cedera dan dibenarkan beredar,” kata perkhidmatan itu menerusi Twitter. – Reuters/BH ONLINE

Kategori