• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dr. Hilmi Bidas Dakwa Lulus Klinik Gigi Doktor Palsu

oleh AK-47
10/10/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Hilmi Yahaya hari ini menafikan dakwaan beliau telah menyokong seorang doktor gigi palsu yang telah didenda RM70,000 oleh Mahkamah Sesyen Melaka, kerana menjalankan klinik pergigian swasta yang tidak berdaftar.

Kata Hilmi, beliau tidak pernah bertemu atau bercakap dengan gadis berusia 20 tahun itu dan hanya mengetahui tentang isu tersebut daripada salah seorang rakannya.

“Salah seorang rakan saya membawa kesnya kepada saya dan bertanya adakah saya, sebagai ahli parlimen, boleh memberikan bantuan kepada doktor gigi palsu itu.

“Walaupun saya ahli Parlimen Balik Pulau, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk membantu rakyat di seluruh negara, jadi saya periksa dengan kementerian jika wujudnya hukuman berbentuk kompaun terhadap wanita itu kerana ia merupakan kesalahan pertama.

Nur Farahanis Ezatty Adli mendakwa Dr Hilmi Yahaya menyokong perusahaan klinik gigi palsunya itu. – Sumber foto: NST/MUHAMMAD HATIM AB MANAN

“Bagaimanapun, saya diberitahu tidak wujud tindakan sedemikian di dalam undang-undang negara ini dan wanita itu perlu dibawa ke mahkamah.

“Saya ambil keputusan untuk membiarkan kes itu kepada yang lebih arif dan tidak terlibat dengan keadaannya lagi,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas dakwaan Nur Farahanis Ezatty Adli di media sosial bahawa perkhidmatan haramnya itu mendapat sokongan daripada Dr. Hilmi.

Dalam sebuah entri di Instagram, Nur Farahanis mendakwa bahawa “perniagaan”nya telah diluluskan dan diperakui oleh Kementerian Kesihatan.

Dia juga mengucapkan terima kasih kepada Dr. Hilmi dan setiausaha persendiriannya, Aziaan Ariffin.

Mengikut pertuduhan, Nur Farahanis Ezatty didakwa menyediakan klinik pergigian swasta tanpa didaftarkan mengikut Seksyen 27 Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 di Bakti Homestay, Jalan Bukit Katil, pada 10.15 malam, 25 Januari lepas.

Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut subseksyen 4(1) akta itu dan boleh dihukum mengikut subperenggan 5(1)(a)(i) akta sama yang memperuntukkan denda tidak lebih RM300,000 atau penjara maksimum enam tahun atau kedua-duanya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Kementerian Kesihatan, Nurul Khairiyah Samsudin memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal dengan mengambil kira keselamatan dan kesihatan pesakit, berikutan proses menjalankan pendakap gigi hanya boleh dilakukan doktor bertauliah selain kes berkenaan bukan pertama di Melaka dan Malaysia.

Peguam Janariah Mustafa yang mewakili gadis itu merayu hukuman ringan atas alasan ia merupakan kesalahan pertama anak guamnya, menjimatkan masa mahkamah, selain insaf dan tidak akan mengulangi kesalahan tersebut. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Datuk Seri Dr Hilmi Yahayadoktor gigi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dr. Hilmi Umum Letak Semua Jawatan UMNO Dan BN

20/05/2018
0

GEORGE TOWN - Ketua UMNO Bahagian Balik Pulau, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya meletak semua jawatannya dalam UMNO dan Barisan...

Hilmi Kesal Tun M Diperalat DAP Tarik Undi Melayu

04/05/2018
0

GEORGE TOWN - Calon Barisan Nasional (BN) parlimen Balik Pulau Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya hari ini melahirkan rasa kesal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd