Sunday, June 16, 2024

Creating liberating content

7 Produk Bagi Legakan...

Senggugut adalah kesakitan yang berlaku semasa kitaran haid berlaku. Sakitnya, Tuhan saja yang tahu!Sebenarnya,...

Panik Aplikasi WhatsApp Lumpuh...

Ramai rakyat Malaysia `mengelupur' sekejap petang tadi gara-gara perkhidmatan WhatsApp tergendala untuk tempoh...

Tertuduh Tiada Niat Bunuh...

“SAYA tiada niat untuk mencederakan Zulfarhan, apatah lagi untuk membunuhnya,” kata penuntut Universiti...

7 Muslim Bantu Perancis...

HEBAT.... Di sebalik kehebatan Perancis menjuarai Piala Dunia 2018 menumpaskan Croatia 4-2 pada...

Dove Dikecam Iklan Disifatkan Menghina

SYARIKAT sabun Dove berdepan dengan kecaman susulan iklan syarikat itu yang dianggap menghina dan rasis.

Iklan itu memaparkan seorang wanita kulit hitam yang membuka baju dan tidak lama kemudian badannya berubah menjadi putih selepas menggunakan losyen badan.

Iklan itu pertama kalinya dikongsi oleh seorang jurusolek artis di Amerika Syarikat, Naomi Leann Blake dan ia kemudiannya menjadi tular. Iklan itu bagaimanapun telah dipadamkan.

Berikutan itu, Dove telah meminta maaf. Namun netizen tidak berpuas hati dengan permohonan maaf itu dan terus mengecam syarikat berkenaan kerana tidak sensitif.

Beberapa pengguna membangkitkan dan mempersoalkan pemasaran syarikat itu, seolah-olah menggambarkan kulit hitam sebagai tidak diingini.


Mereka juga menggesa supaya produk Dove diboikot. Pada Isnin, hashtag #BoycottDove telah tular di Twitter. – MYNEWSHUB.CC

Kategori