• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Doktor Tersilap Buang Buah Dada Dan Rahim

oleh AK-47
26/10/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

OREGON – Seorang wanita dilaporkan kehilangan kedua-dua belah buah dada dan rahimnya akibat kesilapan seorang doktor membaca keputusan ujian genetik yang dibuatnya pada tahun lalu.

Elisha Cooke-Moore telah mengikut saranan doktor yang merawatnya apabila dia diberitahu bahawa dia berisiko menghadapi kanser payudara dan kanser rahim daripada ujian genetik yang dibuat.

Menurut laporan ujian genetik itu, Cooke-Moore mempunyai mutasi genetik MLH1 dan BRCA1 serta Sindrom Lynch yang bolej menyumbang 50% kepada kanser payu dara dan 80& kepada kanser rahim.

Keputusan tersebut menunjukkan dia perlu menjalani mastektomi berganda (pembuangan tisu payu dara) dan histerektomi (pembuangan rahim).

Namun, selepas Cooke-Moore menjalani pembedahan tersebut, dia mengikut saranan peguamnya supaya berjumpa dengan doktor lain.

Apa yang mengejutkan adalah, doktor baharu itu menyatakan bahawa keputusan ujian genetik yang dilaluinya sebelum ini sebenarnya negatif, bukan positif seperti yang didiagnoskan!

“Dia menghubungi makmal untuk mengesahkannya dan merasakan hidupnya sudah musnah selepas mendapati apa yang doktor itu maklumkan sememangnya benar.

“Pembedahan tersebut boleh mengakibatkan doa menopaus lebih awal, terpaksa menjalani pelbagai pembedahan susulan dan menyebabkannya mengalami tekanan perasaan,” kata Christopher Cauble, peguam Cooke-Moore.

Dalam pada itu, Cooke-Moore meluahkan rasa kesalnya dengan apa yang telah terjadi.

“Hidup saya sudah musnah. Duit yang banyak pun tidak mampu membetulkan balik apa yang telah mereka lakukan kepada saya. Tidak sama sekali,” luahnya kepada portal Time.

Wanita 36 tahun ini telah memfailkan saman sebanyak USD$1.8 juta (RM7.6 juta) terhadap Pusat Perubatan Curry, di mana prosedur rawatan tersebut dijalankan serta individu yang terlibat dengan pembedahan yang dijalankan termasuk mastektomi berganda yang dijalaninya pada Oktober 2016 lalu.

Bagaimanapun, pusat rawatan tersebut tidak membenarkan stafnya memberikan sebarang komen tentang perkara itu.

Lapor Time lagi, tujuan asal Cooke-Moore menjalani ujian genetik itu sebagai langkah berjaga-jaga kerana kedua-dua ibu dan neneknya menghidapi kanser. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Elisha Cooke-Moore
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd