• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dasar Pendidikan Tahfiz Dilaksana Sebaik Diperkenan

oleh Ahmad Albab
16/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASIR PUTEH – Dasar Pendidikan Tahfiz Negara akan dilaksanakan sebaik mendapat perkenan Majlis Raja-Raja, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Beliau berkata dasar itu yang bakal digunakan sebagai garis panduan kepada pusat tahfiz termasuk milik swasta kini di peringkat akhir untuk mendapat perkenan.

“Dasar ini bukan satu bentuk undang-undang dan peraturan tetapi berupa syor untuk menjadikan model tahfiz terbaik,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis sumbangan bantuan institut tahfiz yang berdaftar dengan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) di Tok Bali, di sini hari ini.

Kerajaan persekutuan meluluskan peruntukan lebih RM1.7 juta kepada 34 pusat tahfiz di Kelantan tahun ini.

Asyraf Wajdi berkata menerusi dasar pendidikan tahfiz itu, kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan mengesyorkan langkah terbaik yang perlu dilakukan oleh pusat tahfiz termasuk dari aspek keselamatan, operasi, pengurusan selain menyalurkan bantuan tahunan.

“Langkah itu boleh dijadikan sandaran kepada rakyat untuk menghantar anak-anak mereka ke pusat-pusat berkenaan dan tidak lagi menjadi sebagai pilihan kedua dan ketiga selepas gagal menyambung pengajian di institusi-institusi pengajian tinggi,” katanya.

Ketika berucap pada majlis itu, beliau berkata kerajaan persekutuan akan terus memperkasakan sistem pendidikan Islam termasuk institusi tahfiz dan pondok agama dalam usaha mencapai inspirasi melahirkan golongan profesional yang mempunyai kebolehan ilmu dunia dan akhirat.

Beliau berkata kerajaan menyasarkan 125,000 orang hafiz dan hafizah Al-Quran yang berkalibar yang turut mempunyai kepakaran dalam bidang kedoktoran, jurutera dan akauntan menjelang tahun 2050.

Katanya seramai 6,000 orang hafiz dan hafizah telah dapat dilahirkan menerusi sistem pendidikan Darul Quran dan sekolah-sekolah agama Ulul Albab di seluruh negara setakat ini. – BERNAMA

Tags: tahfiz
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

NGO Desak KP Pendidikan Tinggi Mohon Maaf Kepada Institusi Tahfiz

NGO Desak KP Pendidikan Tinggi Mohon Maaf Kepada Institusi Tahfiz

15/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela) mendesak Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi menarik balik kenyataan yang didakwa mengelirukan berhubung kedudukan...

Jangan Sempitkan Isu UEC, Lihat Juga Sekolah Tahfiz – Wan Mahussin

Jangan Sempitkan Isu UEC, Lihat Juga Sekolah Tahfiz – Wan Mahussin

15/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan Pemuda UMNO Jeli, Wan Mahussin Wan Zain mendakwa isu kemasukan lulusan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd