• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dakwaan Penamaan Dipalsukan Tidak Berasas

oleh AK-47
02/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menafikan dan menyifatkan mesej audio, kini tersebar di media sosial dan WhatsApp, yang mendakwa penamaan ahli telah digantikan dengan nama lain yang tidak berkaitan, sebagai tidak benar dan tidak berasas.

Dalam kenyataan, KWSP berkata ia melihat penyebaran maklumat yang mengelirukan itu, dengan niat untuk mengelirukan ahli dan mewujudkan keadaan yang tidak menyenangkan, dan akan mengambil tindakan tegas sebagaimana yang diperlukan.

“Siasatan kami mendapati tiada rekod kes sedemikian seperti dinyatakan oleh individu dalam mesej audio tersebut. Jika ahli mendapati butiran penamaan mereka tidak tepat, sila tampil membuat aduan dengan KWSP supaya perkara itu dapat diselesaikan,” katanya.

Ahli digesa tidak diperdaya oleh mesej palsu itu dan berkongsinya di media sosial atau WhatsApp. Proses penamaan KWSP adalah amat sulit.
“Hanya ahli yang boleh melakukan perubahan atau mengemaskini nama penama mereka. Ahli dikehendaki hadir sendiri di cawangan KWSP, berikutan cap jari mereka diperlukan untuk mengesahkan proses penamaan tersebut,” katanya.

Ahli digalakkan sentiasa menyemak akaun KWSP mereka dan mengunjungi mana-mana cawangan jika mereka ingin mengemaskini butiran penamaan mereka.

Maklumat lanjut, sila layari laman web KWSP di www.kwsp.gov.my atau hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-89226000. – BERNAMA

Tags: KWSP
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Benarkan Pengeluaran KWSP, Ini Bukan Main Politik – Shahidan

Benarkan Pengeluaran KWSP, Ini Bukan Main Politik – Shahidan

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim menggesa pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibenarkan mengeluarkan sedikit...

Tak Boleh Pindahkan Semua Dividen Ke Akaun 3, Mesti Dikredit Ikut Akaun

Tak Boleh Pindahkan Semua Dividen Ke Akaun 3, Mesti Dikredit Ikut Akaun

28/02/2026
0

SUNGAI BULOH: Agihan dividen yang diumumkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikreditkan terus ke dalam akaun masing-masing mengikut peruntukan undang-undang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd