• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dakwa Kerajaan Tiru Pembangkang Bukti Mereka Setuju

oleh Ahmad Albab
28/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BELUD – Dakwaan pembangkang bahawa Bajet 2018 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam ditiru daripada ‘bajet alternatif’ Pakatan Harapan adalah bukti bahawa pembangkang bersetuju dengan bajet itu.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata daripada mencari kesalahan dengan Bajet 2018, mereka mengadu bahawa kerajaan mencuri idea daripada mereka.

Mengenai dakwaan pembangkang bahawa Bajet 2018 adalah ‘pemanis’ atau ‘bajet pilihan raya’ Salleh berkata, “setiap tahun mereka mengatakan perkara yang sama bahawa bajet ini adalah bajet pilihan raya”.

“Adakah ini bermaksud Pakatan Harapan menyatakan bahawa Bajet 2018 sangat baik dan dapat menarik para pengundi?

Kenyataan seperti ini daripada pembangkang memberikan tanggapan bahawa mereka tidak berpuas hati dengan Bajet 2018 kerana ia bagus dan bukan kerana ia tidak bagus. Adakah ini tidak ironis?” katanya.

Salleh berkata pembangkang sering merugut sepanjang tahun mengenai “semua perkara, baik atau buruk, supaya mereka tidak boleh mengatakan bahawa kerajaan tidak mendengar mereka seperti yang terbukti dalam Bajet 2018”.

“Justeru, pembangkang boleh berterima kasih kepada perdana menteri atas bajet yang sangat positif daripada terus mengeluh bahawa bajet ini adalah pemanis, bajet pilihan raya, ditiru daripada Pakatan Harapan dan sebagainya,” katanya selepas melepaskan Jambori Kota Belud yang diadakan bersempena Tamu Besar di sini hari ini. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Salleh Galas Tugas Pengerusi UMNO Sabah

05/06/2018
0

KOTA KINABALU - Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak dilantik menjalankan tugas Pengerusi Perhubungan UMNO...

Pembangkang Sebar Berita Palsu Sebab Tahu Akan Kalah

09/05/2018
0

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak membidas pembangkang yang menyebarkan berita palsu untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd