• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pantau Majikan Patuh Cuti Bersalin Mandatori

oleh AK-47
31/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemantauan perlu dilakukan terhadap majikan sektor swasta supaya tidak berlaku diskriminasi ke atas pekerja wanita susulan pengumuman cadangan pelaksanaan tempoh cuti bersalin mandatori yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Bajet 2018.

Datuk Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) melahirkan kebimbangan bahawa langkah itu akan menimbulkan layanan berbeza kepada pekerja wanita.

“Tempoh bersalin 90 hari itu relevan, tetapi saya khuatir sekiranya syarikat swasta cenderung akan lebih memilih pekerja lelaki untuk mengelak mereka menanggung kerugian dari segi kewangan dan produktiviti pekerjaan.

“Jadi, kerajaan harus fikir satu kaedah bagaimana untuk memastikan tidak timbul diskriminasi, sekali gus majikan tidak ketepikan pekerja wanita malah mewujudkan peluang seimbang dengan pekerja lelaki,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2018 peringkat dasar pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Pada pembentangan Bajet 2018 Jumaat lepas, perdana menteri mengumumkan 2018 sebagai Tahun Memperkasa Wanita dengan antara inisiatif ialah mencadangkan tempoh cuti bersalin mandatori untuk sektor swasta dinaikkan daripada 60 ke 90 hari, seperti dilaksanakan dalam sektor perkhidmatan awam.

Noraini turut mencadangkan supaya kerajaan memperkenalkan pendekatan supaya syarikat yang mempunyai pekerja seimbang antara lelaki dan wanita, diberikan insentif pengurangan cukai.

Persidangan bersambung esok. – BERNAMA

Tags: cuti bersalinDatuk Noraini Ahmad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JPA Perlu Semak Cuti Bersalin Penjawat Awam – MMA

JPA Perlu Semak Cuti Bersalin Penjawat Awam – MMA

07/08/2024
0

KUALA LUMPUR : Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) meminta Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menyemak Perintah Am berkaitan cuti bersalin bagi penjawat...

Cuti Bersalin 98 Hari, Kerja 45 Jam Seminggu Mulai 1 Januari, Tiada Tangguh Lagi

Cuti Bersalin 98 Hari, Kerja 45 Jam Seminggu Mulai 1 Januari, Tiada Tangguh Lagi

21/12/2022
0

PUTRAJAYA: Penguatkuasaan Pindaan Akta Kerja 1955 yang sebelum ini ditangguhkan, akan tetap diteruskan mulai 1 Januari tahun depan. Ikuti Mynewshub: Telegram...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd