• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Catalonia Isytihar Merdeka Tapi Dunia Enggan Iktiraf

oleh
28/10/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BARCELONA – Parlimen Catalonia di sini lewat Jumaat mengisytiharkan bahawa wilayah tersebut sebagai merdeka daripada pemerintahan Sepanyol dan menjadi sebuah republik sepenuhnya.

Namun menurut laporan media antarabanga dalam masa yang sama Parlimen Sepanyol di Madrid pula bersetuju kerajaan pusat pimpinan Perdana Menteri, Mariano Rajoy mengambil alih sementara pemerintahan Catalonia.

Pengisytiharan kemerdekaan Ca­ta­lonia itu dibuat melalui proses undian yang menyaksikan sejumlah 70 undi perwakilan parlimennya bersetuju untuk keluar dari Sepanyol dan 10 menentang manakala dua lagi berkecuali.

Kumpulan pemisah utama di Catalonia, Perhimpunan Kebangsaan Catalan (ANC) juga mengarahkan kakita­ngan awam supaya tidak menurut arahan kerajaan pusat selepas mereka mula mengisytiharkan pemerintahan terus.

Organisasi tempatan tersebut bahkan menyeru semua kakita­ngan awam di wilayah bersempadan dengan barat daya Perancis itu agar bertindak balas secara aman berikutan pengumuman dramatik berkenaan.

Dalam masa yang sama Rajoy dijang­ka dilaporkan media Sepanyol telah mengadakan mesyuarat Kabinet secara tergempar bagi membincangkan langkah pertama untuk mentadbir langsung Catalonia.

Keadaan ini bakal menyaksikan pemecatan pemerintahan autonomi kerajaan Barcelona dan pengawasan terus pasukan polis di wilayah timur laut semenanjung Iberia tersebut.

Sementara itu, pengisytiharan kemerdekaan Catalonia itu tidak memberi sebarang kesan kepada Kesatuan Eropah (EU) malah blok berkenaan hanya akan berurusan secara rasmi dengan Kerajaan Pusat di Madrid.

Presiden Majlis Eropah, Donald Tusk melalui kenyataannya dalam akaun sosial Twitter rasmi memaklumkan, Sepanyol kekal sebagai negara hubungan antara kedua-dua pihak sekali gus tidak mengiktiraf kemerdekaan itu.

Tusk juga menggesa pentadbiran Sepa­nyol agar mendesak perbincangan an­tara kedua-dua pihak dan bukannya mengadakan perbinca­ngan yang terdesak. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: CataloniaSepanyol
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

95 Maut Banjir Dahsyat Di Sepanyol

95 Maut Banjir Dahsyat Di Sepanyol

31/10/2024
0

OVIEDO - Angka kematian akibat banjir dahsyat di timur Sepanyol meningkat kepada 95 orang, menurut penyiar awam negara itu RTVE,...

Gempa Bumi: Sepanyol Tawar Hantar Pasukan Penyelamat Ke Maghribi

Gempa Bumi: Sepanyol Tawar Hantar Pasukan Penyelamat Ke Maghribi

09/09/2023
0

MADRID : Sepanyol menawarkan bantuan untuk menghantar anggota pasukan penyelamat ke Maghribi berikutan gempa bumi yang mengorbankan lebih 800 orang,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd