• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Budak Suara Trompet Akibat Tertelan Alat Mainan Wisel

oleh
11/10/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUENOS AIRES – Ini mungkin satu insiden yang agak mencemaskan ibu bapa tapi lucu bagi orang ramai. Kesian… Tetapi anda juga mungkin tersenyum atau ketawa jika melihat video disiarkan.

Apa tidaknya, seorang budak lelaki yang berasal dari Tucuman, 1,311 kilometer dari sini mengeluarkan bunyi seperti trompet mainan atau itik getah mainan apabila membuka mulutnya dan bukan pula suaranya yang kedengaran!

Rakaman video berdurasi cuma 10 saat itu dikongsi oleh Dr. Santiago Gomez Zuviría dan menunjukkan kanak-kanak berusia lapan tahun yang tidak diketahui namanya, membuka mulut dan berbunyi semacam siulan trompet.

Pengguna akaun Facebook itu turut menulis kapsyen meminta ibu bapa agar berwaspada dengan perbuatan anak mereka agar tidak berlaku insiden sedemikian yang dilaporkan akhir bulan lalu di bandar utara Argentina tersebut.

Posting doktor berkenaan kemudian menjadi tular di negara Amerika Latin itu sehingga menerima kira-kira 2,000 tanda suka selain dikongsi lebih 86,000 kali dan hampir 100 komen sama ada berbaur jenaka atau simpati.

“Wisel tersebut berjaya dikesan tersangkut antara bahagian ‘larynx‘ dengan ‘pharynx‘ di leher pesakit berkenaan,” terang Dr. Zuviria ketika memberitahu portal antarabangsa HuffPost menerusi satu kiriman e-mel.

Menggunakan anestesia atau ubat bius, beliau berjaya mengeluarkan wisel tersebut dari kerongkong budak lelaki itu namun ujar Dr. Zuviria, ibu mangsa pula didapati lebih cemas berbanding budak itu sendiri yang agak tenang.

“Ia insiden yang tragik tetapi lucu. Saya tidak pernah melihat atau mendengar kes pelik seperti ini sepanjang hidup saya sediri,” kata beliau sambil menambah bahawa budak lelaki tersebut sudahpun pulih sepenuhnya.

Doktor itu turut memuat naik video tersebut ke akaun Facebooknya untuk memberi peringatan kepada orang ramai mengenai bahaya jika menelan barang yang tidak sepatutnya ditelan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Argentinatrompet
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Argentina, Iran, Arab Saudi, Mesir, UAE Bakal Sertai BRICS

Argentina, Iran, Arab Saudi, Mesir, UAE Bakal Sertai BRICS

24/08/2023
0

MOSCOW : Argentina, Iran, Arab Saudi, Mesir dan Emeriah Arab Bersatu (UAE) akan menjadi anggota baharu kumpulan BRICS (Brazil, Russia,...

Argentina Sahkan Kes Pertama Cacar Monyet Di Latin Amerika

28/05/2022
0

BUENOS AIRES : Argentina mengesahkan kes pertama cacar monyet di Amerika Latin membabitkan pengembara yang pulang selepas mengunjungi Sepanyol. Ikuti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd