• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Brothers Saman Penganjur Konsert Gagal Bayar

oleh
08/10/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kumpulan nasyid popular, Brothers akhirnya bertindak memfailkan saman terhadap penganjur Konsert 3 Kejora Bersatu, Kay Event Management & Services.

Ia dilakukan setelah pihak tersebut didakwa gagal menjelaskan baki bayaran persembahan kumpulan itu sebanyak RM37,500, menurut salah seorang ahli Brothers, Yasin Sulaiman dalam sidang media di sini pada Jumaat.

Pihak Brothers ujarnya telah memfailkan saman itu pada 18 September lalu di Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor selepas pihak defendan didapati tidak menghiraukan notis tuntutan yang dihantar pada 28 Julai lepas.

Jelas Yasin, mereka hanya berjaya menerima bayaran RM12,500 kira-kira dua bulan sebelum konsert berlangsung iaitu suku daripada jumlah keseluruhan untuk bayaran persembahan tersebut yang bernilai RM50,000.

“Kami hanya menuntut hak yang sepatutnya menjadi milik Brothers. Namun alasan yang diberikan oleh pihak penganjur bahawa mereka pula tidak mempunyai wang untuk bayar.

“Kami juga mahu membuka mata rakan penyanyi lain yang turut menjadi mangsa penganjur tersebut. Malah, ada pemuzik dan banyak pihak lain turut masih belum menerima bayaran mereka.

“Konsert tersebut sudah setahun berlangsung dan pelbagai cara sudah kami lakukan untuk mendapatkan penjelasan dan menuntut hak kami,“ katanya kepada pemberita hari ini.

Konsert 3 Kejora Bersatu yang berlangsung pada 7 dan 8 Oktober tahun lepas turut menampilkan dua lagi kumpulan nasyid terkenal tempatan iaitu Hijjaz dan Rabbani di Istana Budaya.

Tambah Yasin, Brothers sering kali bertanyakan soal bayaran tersebut kepada pihak penganjur tetapi ada sahaja alasan yang diberikan mereka.

Jelasnya lagi, tindakan ini bukan untuk mengaut keuntungan sebaliknya mahu pihak penganjur bertanggungjawab dan amanah terhadap janji mereka.

“Kami telah menandatangani surat perjanjian untuk konsert itu pada 27 Jun 2016. Kami sepatutnya menerima bayaran pendahuluan RM25,000 tetapi hanya menerima separuh daripada jumlah itu.

“Kali terakhir kami berhubung dengan pihak penganjur adalah pada dua bulan lepas menerusi aplikasi WhatsApp. Selepas itu, pihak tersebut terus menghilangkan diri,” katanya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: BrothersIstana Budayanasyid
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Teater Tanjong Dibawa Ke Istana Budaya

06/06/2022
0

Kuala Pilah : Usaha memartabatkan Adat Perpatih di negeri ini diterjemahkan menerusi pementasan teater bertajuk Tanjong oleh sekumpulan remaja dan...

Kemudahan Di Bawah MOTAC Ditutup Sehingga 30 April

16/03/2020
0

KUALA LUMPUR - Semua kemudahan awam di bawah Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC) ditutup berkuatkuasa serta merta sehingga 30 April...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd