• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Berkongsi Masalah Atasi Tekanan Kerja, Kemurungan

oleh AK-47
18/10/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Individu mengalami tekanan kerja yang teruk serta tanda-tanda awal kemurungan perlu tampil memberitahu tentang permasalahan mereka kepada anggota keluarga atau rakan-rakan dipercayai, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata rakan-rakan atau anggota keluarga berdepan dengan mereka yang menghadapi masalah tekanan dan kemurungan itu pula disaran menjadi pendengar yang baik dan membantu mereka untuk mendapatkan rawatan.

Bercakap pada Muzakarah Pakar Kesihatan Mental : Perspektif Islam dan Neuropsikiatri, Dr. Noor Hisham berkata tekanan kerja yang dihadapi jika tidak dikendalikan dengan baik boleh memberi impak negatif kepada kesihatan mental dan penurunan produktiviti.

“Dalam persekitaran pekerjaan, kebiasaannya, pegawai-pegawai yang menjawat jawatan tinggi dalam agensi kerajaan mahupun swasta akan sentiasa terdedah kepada tekanan kerja.

“Justeru, pegawai-pegawai ini perlu lebih terbuka untuk membincangkan tentang permasalahan dihadapi dengan orang yang dipercayai atau profesional,” katanya.

Teks ucapan beliau dibacakan Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan, Dr. Nurashikin Ibrahim, yang mewakili Dr. Noor Hisham untuk merasmikan seminar berkenaan.

Muzakarah anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) itu diadakan sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia yang disambut pada 10 Okt setiap tahun, dengan tema pada tahun ini ialah “Kesihatan Mental di Tempat Kerja”.

Dr. Noor Hisham berkata majikan bertanggungjawab untuk menggalakkan amalan kesihatan mental yang baik di tempat kerja bagi mengelak persekitaran yang boleh mencetus faktor risiko dan memberi impak negatif kepada psikologi individu.

Faktor risiko yang lazimnya wujud di persekitaran tempat kerja dan boleh mendatangkan masalah kepada kesihatan mental antaranya tekanan pekerjaan, diskriminasi, buli, konflik pekerjaan dan keletihan, katanya.

Justeru, beliau berkata setiap organisasi perlu mengambil kira aspek psikososial dan risiko masalah mental yang dihadapi oleh pekerja untuk merancang strategi dan program berterusan.

Dr. Noor Hisham berkata Pertubuhan Kesihatan Sedunia meramalkan dari segi beban penyakit, kemurungan iaitu satu gangguan mental akan menduduki tempat kedua di belakang penyakit jantung iskemia menjelang 2020 berbanding tempat keempat pada 1990.

Di Malaysia, Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2015 mendapati prevalen masalah kesihatan mental dalam kalangan individu berumur 16 tahun dan ke atas adalah 29.2 peratus (anggaran 4.2 juta) berbanding 11.2 peratus pada 2006.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah IKIM, Prof. Datuk Dr. Azizan Baharuddin berkata keprihatinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mencadangkan agar dibangunkan Indeks Kesejahteraan Psikologi Malaysia bagi mengukur tahap kesejahteraan mental dan emosi masyarakat Malaysia menunjukkan betapa isu kesihatan mental perlu diberi perhatian serius.

Katanya isu itu seringkali dipandang ringan kerana simptom gangguannya tidak dapat dilihat secara fizikal sepertimana penyakit lain dan ini menjadi cabaran besar bagi golongan profesional kesihatan khususnya pakar psikiatri, psikologi dan juga kaunselor dalam menangani isu-isu melibatkan kesihatan mental yang semakin meruncing dalam masyarakat pada masa ini.

Justeru, beliau berkata usaha meningkatkan literasi kesihatan mental perlu diteruskan dan dihebahkan ke peringkat komuniti agar mereka sentiasa sedar akan kepentingan pengetahuan kesihatan mental.

Penggunaan media komunikasi yang lebih efektif untuk menyebarkan maklumat mengenai kesihatan mental juga perlu difikirkan sebagai satu cara untuk meningkatkan tahap pengetahuan masyarakat mengenai kesihatan mental, katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jangan Beli Arak Tiruan – KP Kesihatan

23/09/2018
0

KUALA LUMPUR – Pengguna dinasihatkan supaya tidak membeli arak tiruan yang disyaki mengandungi metanol sebaliknya membeli minuman keras yang mempunyai...

Waspada Tanda Awal Strok Haba

17/08/2018
0

KUALA LUMPUR - Orang ramai dinasihatkan berwaspada dengan tanda awal serangan strok haba berikutan cuaca panas dan kering yang tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd